Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Sunday, February 7, 2016

MT15 EPISOD 12- PARIS

Antara hari-hari terakhir di kota eropah.  Tiba Paris malam gak.. semasa otw ke hotel ternampak kedai halal.. jual kebab.. biasalah keluar negara ni makanan halal yang paling banyak aku rasa yang jual kebab le.. dah macam selera orang arab... dan selain spagetti halal.  Ucu singgah untuk beli kebab.. untuk makan sebelum tidur.


rasa macam berbaloi le tido kat sini.. depan tu dah metro

pemandangan berdepan dengan generator


kita makan sarapan pagi dulu
breakfast di sini

Pagi ni akan gi tempat yang memang aku teringin.. dan semua orang kenal.. apa lagi.. Eiffel Tower.  Memang dah lama aku nak gi ke mercu tanda ni.. akhirnya.. kita pasti,.. aku depan eiffel tower.  

Dari hotel amat dekat untuk gi ke Metro.  Memang aku suka kat paris ni. Kitorang turun kat station Bir Hakiem.. dari situ memang dah nampak Mercu Kerajaan Perancis ni.  Tapi sebelum tu kena isi perut.. so berhenti breakfast.. sebelah kedai breakfast tu.. kedai souvenir.. apa lagi.. borong dulu sikit-sikit.

Memang kat bawah ni banyak orang kulit hitam jual keychain dengan harga yang sangat murah.  Tapi aku dah manyabo nak beli tadi.. maka aku beli lagi.. buat tambah2.. haaa.. bila balik malaysia.. confirm tak cukup. Dah puas bergambar.. kitorang melintas jalan.. dan bergambar plak dari belah atas.. kira puas le gak bergambar.. 


akhirnya aku didepan eiffel tower









 Dari situ.. kitorang gi plak kat yang ala2 pintu gerbang tu.. apa ya... namanya.. haaaa.. Arch de Triomphe Tempat ni dikatakan sebagai tugu negara bagi Perancis.  Dari situ.. kitorang berjalan ke bawah... untuk sesi shopping.. i like.. tak aku tak menyopping sangat pun.. bebalik souvenir jer.. maklumlah baru pertama kali menjejak kaki ke eropah ni.. kali kedua dah takde souvenir untuk org.. beribu habis untuk souvenir ni..




 Sambil diorang menyopping.. sambil aku dok kat luar.. tapi gilerrrr sejuk le..

Sampai tempat wajib gi kalau ikut ucu ni.. apa lagi.. hard rock le.. semangat aku dah pudar.. dah lemah.. aku kehilangan sesuatu.. dah tak rezeki.. dah balik hotel.. nak sedih2.. tapi ucu ajak gak gi Lourve Muzium.. bila lagi nak gi.. aku gagahkan diri juga gi.. aku hilang semangat sudahhhh..

Malam balik.. kemas2 beg semua.. hasilnya.. beg aku beranak 2..

No comments: