Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, February 10, 2016

KILLING FIELD DAN ANGKOR WAT

Aduh... lagi satu cerita basi.  Kalo rajin nanti aku tepekkan gambar.. ni tengah malas nak mencari.


Aku gi ke Phnom Penh dan Siam Riep ni pada 22 hingga 25 November 2013.  Kira balik dari sini aku memang dah tak tulis apa2 kat blog aku hingga tahun 2015.  Lama aku berehat dari dunia blog.. kenapa ekkk aku jadi pemalas nak tulis semua ni yg macam ala2 dari hidup aku.

Kami bertolak malam dari Johor.. aku sewa van sebab tak berapa ramai sangat trip ni.. dari sini 11 orang dan tambah 5 orang yang tunggu terus di KLIA.  

Hari 1
Flight kami awal pagi.. so tiba ke Phnom Penh pun bagi.. dari airport kami terus di bawa ke National Museum.  Wahh.. mana2 pun banyak kisah seram kat Phnom Penh ni.  Macam kat Killing Field.. aduh.. penuh dengan tengkorak.. macam bandar hantu plak.. dan penuh dengan sejarah dukanya.  

Bab makan.. memang aku suka dengan makanan kat sini.. sedappp kat tekak melayu macam aku.. walaupun itu bukan negara islam 100%.. tapi guide bawa ke depan sedap.  Dan shopping.. alhmadullillah.. kat central market memang aku suka.. banyak tshirt2 besar khas untuk aku.  Sebelah petang dibawa kami menaiki cruise.. dan cerita sedih untuk masyarakat islam.. hidup dalam kesusahan.. daging pun sesekali jer dapat.. sian.

Malam tu alhamdullilah.. aku dapat tidur.. walaupun bunyi bising.. macam orang alihkan kedudukan kerusi kat tingkat atas.  

Hari 1                    -               22 NOVEMBER 2013
KUALA LUMPUR – PHNOM PENH (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa bandar Wat Phnom, National Museum dan Killing field.  Sesudah makan tengah hari di restaurant halal berdekatan dibawa untuk check in hotel dan selepas itu membeli belah di Central Market. Makan malam di restoran dan berehat di hotel.

Hari 2
Pagi selepas sarapan nasi lemak yang sedap tu kami berangkat ke Siem Riep.  Masa perjalanan lebih kkurang 8 jam.  Dalam perjalanan dapat tengok keindahan pemandangan dan rupa bentuk rumah orang Kemboja ni.. rumahnya tinggi.. mungkin menggelakkand ari banjir kot.. dan persinggahan kami di ala2 R&R yang penuh dengan jualan ulat dan serangga.. ala2 lipas, belalang.. mmg confirm tak makan.  Yang kami makan buah delima yang sangat sedap.    Setibanya di sana.. kami dibawa menyusuri Tasik Tonel Sap.,, yang merupakan tasik terbesar di Asia.  Siannya orang kat sini.. anak macam amni.. dah di kalungkan dengan ular.. dan disuruh tunjukkan kat pelancong (agar pelancong diberi duit kepadanya).. yang sedih bila beri pisang n gula2.. diorang terus lari nak bawa balik rumah.. sian.. macam kurang makan. 

Malam kami membeli belah di siam riep.. lebih kurang aje barang2 dijual.. lebih kurang bangkok gak.  Malam kami menginap di hotel milik orang malaysia.. bunga raya hotel kot.. sangat selesa.. dengan kolam renang lagi.

Hari 2                    -               23 NOVEMBER 2013
PHNOM PENH – SIEM REAP ( B/L/D )
Selepas sarapan pagi kita akan meneruskan perjalanan ke Siem Riep yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Sesampainya di Siem Riep,  sepenuh hari di Angkor – The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant and Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia dan melawat Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap, merupakan tasik terbesar di Asia untuk merasai kehidupan nelayan. Makan malam buffet di local restaurant dengan menyaksikan persembahan Tradisional Kemboja dan berehat di hotel.

Hari 3
Pepagi nak mula start nak menjelajah Angkor Watt.. intenari di ubah.  Memang ini antara tempat yang aku nak gi.. penat gak le berjalan dan bergambar.. tapi aku puas.  Cite basi.. so.. dah mula ingat2 lupa... kerana faktor usia. Yang pasti selepas menikmati makan tengahari kami menempuh perjalanan ke Phnom Penh semula.  

Malam tu yang pasti aku dengar bunyi kerusi yang agak kuat dalam bilik kami (aku dan dara sebilik).  Kerusi tu bergerak.. memang ngeri... dan aku terus baca yasin untuk hilangkan takut.. dara plak boleh tidur lena.  Hotel tu hotel yang sama masa aku dengar bunyi bising.  Ya Allah selamatkan hamba mu ini.


Hari 3                    -               24 NOVEMBER 2013
SIEM REAP- PHNOM PENH ( B/L/D )
Sarapan di hotel akan di bawa untuk tour Siem Reap dan pulang ke semula ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam dan di dalam perjalanan singgah di daerah Kampung Thom untuk melihat penduduk menjual kriket, labah-labah dan banyak lagi yang boleh dinikmati dan membeli. Selepas tiba di Phnom Penh, Makan malam di local restaurant dan berehat di hotel.

Hari 4
Shooping time.. tapi sebelum tu bergambar dulu kat istana... gambar tu masih aku gunakan kat hp.. bab shopping  memula gi Russian Market.. macam kurang best.. kitorang naik kenderaan sana untuk gi ke Central market semula.  

Dari KL Ke Jb pun naik flight.. dan tiba di Senai.. aku sewa van abang man.. alhmadullillah semua settle.. 

Hari 4                    -               25 NOVEMBER 2013
PHNOM PENH – KUALA LUMPUR-JB ( B/L/- )
Sarapan pagi di hotel dan selepas itu bebas untuk membeli belah di Russian Market. Makan tengah hari dan selepas itu berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Acara selesai).  Peserta dari Johor Bahru akan menaiki kapal terbang jam 10.05 malam dan dijangka tiba pada jam 10.55 malam.


No comments: