Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, May 4, 2012

Duniaku Episod 1 Bumi kenyalang

melihat pertunjukkan

semenggoh orang hutan

peneman setiaku.. puan ratna aisah.. terima kasih puan


kak apa ya..??? lupanya le namanya.. tapi dialah tourist kami masa di kampung budaya


peserta trip mendengar penerangan

posing bodoh2 dalam dewan
Setiap orang ada hobi.. cuma lain2 citarasanya... tajuk aku menggambarkan hobi aku yang satu iaitu berjalan2...  dan jalan2 itu adalah duniaku.. azam akukan mengelilingi dunia.. lihat negara orang... sepanjang perjalanan menimba pengalaman motto hobi aku.. hehehe..

Perjalanan aku dimulai dengan melangkah ke kuching pada 8 hingga 10 Januari 2012.. membawa bersama 62 orang termasuk aku yang terdiri daripada 60 orang kaum adam dan cuma kami berdua iaitu aku dan Ratna Aisah kaum hawanya.  Alhamdullillah membawa kaum adam memang tak rumit.. cuma sikit rumit ada yang nak ngeteh je..

Perjalanan berjalan lancar dan terus mendarat ke kuching international airport dalam jam 2.00 petang.  Terus di bawa untuk menikmati makan tengahari, membeli kek lapis dan berjalan-jalan di water front city.  Keesokkan harinya lawatan di teruskan ke kampung budaya.  Wahhhh!!! gembira aku melihat diorang yg sporting turut menari bersama artis kampung budaya.  Sesudah bersembahyang kami melawat ke orang hutan di semenggoh dan sebelum ke hotel kami menikmati seafood yang enak dan lazat.  Hari ketiga masa untuk pulang.

Terkenang-kenang cerita2 kat sana.. di mana ramai yang tertanya siapa kami kaun hawa yang berdua ini.  Ada yang menyangka kami ni orang sarawak.. setelah diterangkan kami ni menguruskan lawatan tersebut ada juga yang meminta bisnes kad... maaf belum cetak.  Perjalanan di sana menggunakan 2 bas dan didalam bas penuh dengan cerita lucu bersama orang2 felda.. terutama datuk penghulu air tawar 2.. kelakar orangnya.  Mesra di samping ratna aisah.. mungkin sebab dah takde pilihan kot.. heheh..

Alhamdullilah.. dan harap peserta yang aku bawa berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi.

Setelah lama terkubur...

Entah kenapa ya aku jadi seorang yang pemalas untuk menulis kat blog ni.. aku memang bukan penulis tapi sekurang-kurangnya ada juga sesuatu untuk aku baca tentang diri aku di hari depan kelak.  Dah lima bulan aku meninggalkan ruangan ni..... apa kesibukkan aku ya?? berjalan je ke.. tak gak rasanya.. tapi hari ni aku cuba bangkit setelah lama berkubur...

Friday, December 23, 2011

selamat datang 2012

Pejam celik pejam celik 2012 semakin hampir... ada tak benda yang tertangguh untuk dilaksanakan.. apa ya??? ooohh.. bersedia untuk besday my best fren azura abu bakar yang akan menyambutnya pada 26 disember .. besday ratna aisah pun baru berlalu pada 15 disember hari tu. apa ya nak bagi zura...??? 

Azam 2012?? azam lama aku perlu teruskan.. jaga kesihatan dan banyak bersenam.. kurangkan makanan manis, berlemak dan makan beras perang.. hehehe.. azam seumur hidup tu... cuba berjimat cermat... memperbanyakkan amalan kepada allah.. sembahyang jangan tinggal ya... tambah anak???? hehehe.. dah tua baru nak tambah anak... nak buat camna... insyaallah kalau ada rezeki...

Hobi yang perlu diteruskan... gi jalan-jalan.  Yang ni memang i like.. destinasi yang dah ada dalam akaun air asia aku... tunggu waktu je.. bulan januari dimulakan perjalanan dalam negara.. ke kuching bersama kelab apa ya.. pengurus felda.. dari air tawar 1 -5, semenchu., simpang waha dan bukit aping..... 

bulan februari jakarta bandung. bersama krew2 anpec global dan kuching bersama ibu dan bapa mertua ku.. 

Bulan mac korea.. aduh.. akhir-akhirnya aku memang dah terpengaruhi dengan drama korea dan cinta aku kat winter sonata tak hilang pun.. full house dalam ingatan.. dan all about eve tetap dalam kenangan.  Lagipun dah rezeki.. ada orang belanja.. janji saya pada orang yang belanja.. saya bersedia berkhidmat untuk awak kat sana nanti.. tapi awak sekeluarga.. saya berseorangan je.. tapi itu bukan halangan untuk saya menguruskan perjalanan anda.  Perjalanan dalam negara aku akan ke sabah saja-saja merambu.. dan ke kl.. temankan orang tua sidah jalan2 naik flight.


Bulan april bangkok.. kali ke 2 gi.. so tak teruja sangat.. cuma nak menjengah chatuchak market.. bawalah diorang gi floating market.. jengah wat.. dan jalan2 sekitar bangkok.. aku tak bawa gi pattaya.. zoo, safari dan tempat2 yang aku gi dulu.. travel sendiri.. tak ambil agent kat sana..



bulan mei jakarta bandung lagi... cehhh.. macam kampung halaman plak dan macam ada bisnes besar-besar plak selalu ke sana.. pastu ke kuching ramai2 dengan family aku.... gi rumah cik li le

bulan jun rehat... bulan julai melbourne, australia... yesss... alhamdullillah tiket dah beli.. tunggu waktunya walaupun lama lagi.. aku memang nak gi negara orang putih.. moga2 ada rezeki aku ke sana.. kira kaki sebelah dah ke sana le.. bulan julai puasa.. bulan ogos raya.. melepak kat rumah le..




Wahhh.. bila tengok perjalanan aku tu... kena guna banyak duit tu.. terpaksalah berjimat cermat... boleh ke aku ni??? Tahun depan gak anak kesayangan aku akan menjejakkan kaki ke sekolah tadika indah ria... untuk pembelajaran anak aku memang rela spentkan gaji.. itu tanggungjawab.. dan mudah-mudahan adalah rezeki aku untuk menimang cahayamata.. (walaupun bukan dari perut aku).

selamat tinggal.. 2011

7 hari lagi nak tinggalkan 2011. apa dah aku buat sepanjang tahun 2011?  apa pembaharuan.. perubahan 2011?  rasanya aku dah lalui 2011 dengan 1000 kenangan, 1000 keazaman.. walaupun yang tercapai hanya 10... hehehe.. bersyukur tercapai gak.. kira ada gak le daripada takde...

Paling aku suka tahun 2011.. aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.. itu pengalaman terbesar dan memori terindah dalam hidup aku.. dapat melihat kaabah, hajarul aswad, raudhah, masjid nabawi dan semua tempat2 sejarah di tanah suci, tanah haram... alhamdullillah.  Syukur banyak2 ke hadrat allah kerana menyempurnakan hasrat hati aku.. 2010 dulu.. aku nak sangat rasa musim sejuk... syukur aku dapat ke beijing musim sejuk.. Tapi tahun 2011 ni macam tak banyak sangat ke luar negara.. aku hanya ke vietnam, bahrain, mekah dan manila.

Dari segi keluarga... takde tambahan.. anak kekal 1.. rumah dan kereta pun tak bertukar.. yang tu aje.. cuma tambahan lagi 2 orang anak saudara.. yang besar panjang.. (anak sedara berkahwin) .. khairul azmi dan tambah anak sedara kecil (anak cik li.. adib debab).  Kewangan??? biasa je.. dapat gaji bayar sana sini.. dan dapatlah ciput untuk berhibur.

Fizikal.. tahun lepas gak aku mengikuti kursus healthy living.. adalah gak turun.. tapi sekarang ni..ilmu penuh didada.. cuma tak praktikal je... insyaalah 2012... azam yg tu berterusan..

Moga aku terus diberi kesihatan yang baik, berbahagia di samping keluarga dan dapat menjalankan kehidupan untuk hari mendatang dengan lebih baik lagi.  Insyaallah.

Monday, December 5, 2011

OR, JPO DAN ICF

Minggu lepas minggu sibuk gak.  Dah 2 minggu berturut-turut aku ke opis di hujung minggu.  Minggu ni kerana ICF.

Minggu lepas hidup aku di selubungi dengan OR .. ombak rindu kat mana-mana.. insyaallah hari ni aku nak gi menonton.. last gi menonton Nur Kasih The Movie.  Maklumlah Mr. Z bukan kaki wayang.. dan aku pun sesekali kalau teringin... aku gi.. kalo tak... aku tak kisahpun.




Pastu minggu lepas gak orang sibuk dengan JPO.  Hari jumaat hari tu aku ke sana.. hahaha.. dapatlah tangkap hand beg guess.. dengarnya orang kampung aku pun gi gak.. diorang tangkap carlo rino.  Sabtu aku gi lagi.. tapi hantarkan Mr. Z untuk meninjau je.  11 disember ni perasmian.. tapi aku takde plak kat sini.. hantar pengantin ke KL.

Malam tadi aku terpaksa ke opis untuk program ICF.  International Culture Fiesta.  Wahhh..!!! meriah dengan sorakan pelbagai bangsa.. yaman dan iran.  Alamak.. yang dok depan aku... hehehe.. memang sweet.. kul 12 baru balik.  Pelbagai tarian disajikan .. dan baru aku tahu kebudayaan orang iran dan yaman bila majlis perkahwinan.. macam nak giler menari.

Monday, November 14, 2011

4 Tahun sudah

Alhamdullilah... anis umairah dah berusia 4 tahun.. sambutan secara kecil-kecilan tanpa kerdipan cahaya camera.

Semalam selepas balik dari Konvensyen Pemimpin.. kitaroang ke rumah ibu mertua ku.  Sebelum tu cuma sempat beli kacang2.. dan beberapa jenis makanan ringan dan terus beli bucket kfc.. itulah simplenya sambutan besday anis umairah.  Lepak-lepak sambil makan.  Ada sepupu Mr. Z kat rumah mak dia.

Balik dari sana.. gi beli kek untuk di bawa ke taska.. malam dok bungkus coklat2 yang diagihkan kepada rakan sekelas.. sorry umairah.. ibu tak sempat nak buat kek angry bird seperti yang dipinta.

 

Moga dia berbahagia

Musim cuti sekolah musim orang kawin.  Ramai le yang pilih tarikh yang cantik-cantik... Hari jumaat hari tu rasanya paling ramai orang ambil kesempatan memilih tarikh tu untuk tarikh bersejarah dalam hidup mereka.  11.11.11.. cantik tarikh tu.  Ada gak yang berkenan tarikh 20112011.. ikut citerasa masing-masing.. aku plak??? ikut tarikh islam.. hahahha.. bila bak kata tarikh tu elok.. i follow le...

Sebenarnya minggu lepas minggu sibuk bagi aku.  Sabtu dan ahad pun kerja.  Bidang kerja melibatkan mahasiswa.. so minggu lepas Konvensyen Pemimpin IPT 2011.. seluruh ipt datang ke UTM.. kami sebagai tuan rumah memang tak menang tangan.. macam orang buat kenduri kawin gak.. dan pertengahan minggu biras aku xcdnt.. terpaksa gak bergegas ke muar dan tangkak... letih.. tapi tolong menolong sesama insan.. nilai kemanusiaan.

dan minggu lepas gak .. dalam sibuk-sibuk bergelumang dengan kerja.. aku menerima satu berita.. berita mendirikan masjid.. masjid ni dah didirikan di pihak perempuan pada lepas raya hari tu.. dan tempat lelaki tak pasti bila.. (call pengantin pun dia kata nantilah dulu).. janji dah nikah.. kira dah selamat le tu.

tahniah buat 'a'.  akhirnya dia bertemu dengan gadis yang dicarinya.  Alhamdulillah dan moga berkekalan hingga akhir hayat.  Selepas menerima berita tu aku cuba menghubungi 'a'.. ambil kesempatan dalam kesempitan masa.  

Cerita aku dengan 'a'.. cite lama.. aku yang lebih kot.. walaupun cara 'a' seolah-olah memberi harapan.. hahahah... cerita 14.. 13 tahun yang lampau.. kami baik dan mesra.. kira teman tapi mesra.  Pada aku 'a' memberi harapan kat semua orang yang baik dengan dia.. aku ambil langkah macam tarik tali.. dan tak mahu mengharap.  Ada juga member mula menggosip...  tapi kerana cara 'a' yang mengayat semua orang yang baik dengan dia...  memadamkan gossip tu.. orang tak tahu nak gossipkan dia dengan sape....kami takde apa-apa pun.. cuma teman tapi mesra.. dengan semua orang pun 'a' teman tapi mesra.  Kot aku yang terlebih sudah.. lebih sudu dari kuah.. jangan orang kata aku 'perigi mencari timba sudah'... time tu ada gak calling-calling kat rumah dan via handphone.. ala-ala gayut le...  gelak-gelak.. merajuk-merajuk.. alah itu time bujang.. tak salah kot. Memang aku tahu hubungan kami tak kemana.. so.. dalam baik dengan dia.. ada gak aku kenalan yang lain.. hahahah.. semuanya tak menjadi time tu.. time mencari kot...

Sepanjang aku mengenali 'a'.. dia memang baik... sangat menghormati orang tua... dan sangat bertanggungjawab bukan saja dengan adik beradik dan mak dan ayah dia (dia anak sulong dan selalu bercerita tentang dia, mak dan ayahnya).. dengan rakan taulan ... dia jenis takde kawan baik kot kat ofis... teringat satu peristiwa di mana dia menemani aku ke kuala lumpur untuk urusan kerja.. so dia ambil kesempatan untuk urusan kerja dia.. dan aku plak urusan kerja aku... . hahahah.. masa ini aku ada bagitahu yg  ketidakselesaan aku pergi berdua dengan pemandu di waktu malam.... so.. dia orang ke 3... terima kasih banyak-banyak ya sahabat. 

'a' juga ada penyakit.. rasanya penyakit rendah diri terlalu besar dalam diri.. that y le dia takde kawan baik kat opis ni.. memang payah dia nak tonjolkan diri dikhalayak ramai.  sebab tu selalu event2 dia tak gi.  aku kenal sgt dia dalam bab ni....  Rasanya ada yang terkejut sebab dia sudi gi rumah aku time open house.. ada ofis mate lagi... aku pun terperanjat gak dengan kehadiran dia kat rumah aku.. heyyy 'a' ko tak segan plak gi... siap bersimpuh depan mak aku nak mohon ampun dan maaf... ayat jahat dia.. 'demi u.. i sanggup buat apa'... hahahahaha... ko bagi ayat tu kat semua orang.

Time aku tunang.. aku ada bagitahu 'a'.... biasalah ayat dia.. 'sampai hati aku tak tunggu dia'.. dan ayat luahan yang berjela dan tak pernah serius... kira 'a' ni selalu cakap tak serupa bikin..... heyyy 'a'.. hendak seribu daya le.. Jodoh pertemuan ditangan tuhan.. dan aku gak taknak orang kata aku menunggu ko.. aku taknak mulut2 jahat yang kata aku macam2.. aku taknak mengharap apa2 dari ko.. aku pasrah jodoh aku... dan moga jodoh kami berkekalan.  

Aku tulis ni saja suka-suka.. kenangan dengan 'a' memang ada.  Mr. z... ko tak marahkan.. itu cite lama.. hampir 14 tahun yang lalu.. dah lama.. time aku kurus sikit daripada sekarang.. time aku belum jumpa ko.  Time aku muda lagi.. time aku masih mencari.. time aku tak kenal 'F' lagi.. time aku kat unit lama lagi.. time aku baru mula kerja.. Didoakan moga jodoh 'a' dengan jagung muda (saja menyakat 'a' masa aku call dia) berpanjangan hingga ke akhir hayat.  Ada yang kata si permaisuri hati dia lebih kurang aku.  Hahaha.. tak kisah 'a'.. janji ko bahagia...DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.  Aminn