Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, June 15, 2009

Makan2 dihujung minggu



Entah bila agaknya aku dpt menghabiskan cuti hujung minggu dgn berehat kat rumah je. Aku yg selalu cari xtiviti @ xtiviti sentiasa mengiringi aku dihujung minggu. Sebenarnya aku dah berkira-kira utk. menghabiskan cuti hujung minggu dengan terlentang dpn tv je. Tapi memikirkan kepala boleh jadi pening dan badan akan jadi 'longoi' dan aku ada xtiviti maka peristiwa tu tak terjadi gak.

Selepas kerja hari jumaat Mr. Z belanja aku makan kfc. TQ Mr. Z. Nak rasa yang pedas katanya... pedas lagi bubur maira... hahaha..... Time2 tengah lepak2 kat rumah ada plak yg mengajak gi Senibung.. kami ni jenis tak menolak rezeki... n dia plak tu siap menjemput dan menghantar kami hingga dpn pintu. Maira dah tak sabar2 nak kuar. Siap tunggu kat luar lagi. Biasa le bebudak kecik ... excited. Sebenarnya aku ni jd menunjuk jln utk. org. Putrajaya disamping jd tukang habiskan makanan. Tb sana kami disponsor oleh business women yang ada butik pengantin tu.. hjh izan n husband. Moga dimurahkan lg rezeki utk izan n din. Malam tu ada udang, sotong, ketam, ikan, kupang n sayur. Fuhhh... tak makan sayur aku coz lauk dah byk. Nak dijadikan cite sdg aku syok makan... maira menjerit n menangis. Rupa2nya dia termakan lada cili.. hehehe... nak rasa sangatkan.. ambil ko maira... sedapkan. Dah berkali2 aku kuarkan lada tu dari mangkuk.. dia ambil gak... yang mana aku nampak aku buang le.. tapi dia ni jenis budak yg nak mencuba.. cuba... cubalah... Pak aji n cik yah Putrajaya tu berborak le dgn hjh izan n hj. din. Aku n iim sbuk mkn ketam. Aku ni jenis peminum orangnya. Bergelen-gelen le air mengalir dalam perut aku. Air sedap plak tu. Pukul 12.30 aku tiba rumah.

Sabtu tu Mr Z bawa Maira tengok Pertandingan Sayembara Puisi kat Kotaraya. Aku plak gi Majlis Perkahwinan di hujung cuti sekolah ni. Pastu balik Bkt. Bsr le.. Lepak2 kat sana dan hantarkan Cik Yah gi Bandar Tenggara untuk beli makanan. Pas makan diorang balik Putrajaya. Iim n bila ikut aku n aku yang balik hati ni hantarkan diorang nak tengok movie Jangan Pandang Belakang Congkak. Untung tak im ko ada mak cik cam ni?? Aku nak tengok Syurga Cinta je.. tapi entah bila.

Pagi smlm billa masak nasi 3 pot utk. 3 orang makan. Banyaknya billa... Mr. Z tak ambil nasi sbb tgh berusaha utk diet. So kami 3 orang le kena habiskan. Lauk plak kari instant.. alahai.. tak selero den. Rojak ok gak n tq faizal hantar mee kari. Tak tahu nak balas apa...Semalam hantarkan iim balik Batu Pahat. Dia cite pasal asam pedas. Puhhh terbayang asam pedas arwah mak. Aku ni jenis tak boleh dengar orang cite... mulalah teringin nak merasa keenakkanya. Not bad.. kepala ikan merah pak Ali tu. Ikan pari pjg cam ular.. i like. Harga amat berpatutan. Boleh dtg lagi le...

No comments: