Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI IBU








Umairah pandai nyanyi lagi... "IBU, IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU.. BILA KU BERDUKA, ENGKAU HIBUR KU SELALU, IBU.. IBU ENGKAULAH RATU HATIKU" aku bangga + terharu bila dia nyanyi lagi tu (dalam nada budak kecil).

Mesti arwah emak pun bangga dan terharu bila aku nyanyikan lagu tu untuk dia. (Tapi memang mana reti lagu2 ni)... Bila sebut arwah mak... aku macam nak menjerit.... EMAKKKKKKKKK... ORANGGGG RINDUU SANGAT KAT EMAKKKKK.... " Genap 20 April 2010 hari tu maka dah 5 tahun emak pergi meninggalkan aku!!. Dah takde le orang untuk aku.. gurau222... "helllooo... boleh cakap dengan itu. pn sadiah... ini kedai ..... kota tinggi... itu haaa.. pn. sadiah ha... " (ala2 orang cina cakap melayu) mesti mak gementar bila dapat call yang camni... emak.. emak.. aku bukan nak puji emak aku.. tapi aku tahu dia.. emak memang pemurah dan penyabar. aku pun tak sepemurah mak dan sesabar dia. Pernah dulu.. dia beri mini campo pada jirannya.. geramnya aku pada dia time tu.... mini campo tu kira barang mahal gak.. tapi dia bagi kat orang... "sian kat orang tu" kata emak. Emak memang tak pernah lupa nak bagi duit kat anak cucu.. rasanya kalo emak masih ada penuh emas kat badan Umairah... mak memang pemurahhhh... kat aku pun mesti dia nak rasakan duit gaji yang dia dapat.. "ni ha.. rasa duit peneroka"... banyak lagi kebaikkan emak... teringat orang junjung yang mak selalu bagi air, bagi tumpang sembahyang.. aku plak takut orang tu kenakan mak.... kalo bab makan mak memang tak pernah lokek.. dan teramat pemurah.. teringat nasi lemak mak yang dihantar kat kedai... cam2 lagi le... MAKKKK... MAKLAH RATU HATI ORANG!!!!...

Bercakap pasal hari ibu.. kali ni aku sambut kat Puteri Pacific Hotel bersama Ibu Ratna, Umi Mek, Ibu Bojoi, Mama Ara, Mak Ngah Nazli, Pak Ngah Shai dan Iiem yang belum jadi Mummy tu. Makanan memang muai.. dan dah Rezeki diorang dapat diundang ke sana... SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU.

No comments: