Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, February 26, 2013

terungkap satu rahsia

Malam jumaat hari tu aku menonton rancangan PRIMADONA.  Kisahnya tentang anak angkat.. aku tertarik dan membuat keputusan untuk memberitahu cahayamata sulung aku yang dia adalah anak angkat aku.   Memang payah nak bagitahu.. tapi kena bagitahu gak sebab taknak dia terperanjat... taknak dia dapat tahu dari orang lain.  Sebelum ni memang dia ada bagitahu yang dia ni anak angkat.. tapi kami cepat-cepat menafikan.. 'Umairah ada ibu lain ke??' dia kat 'Tak'.. so inilah ibu dan ayah umairah..

Rancangan Primadona.. aku ambil pendekatan dari rancangan ini

Tapi selepas rancangan tu kami bagitahu dia slow-slow.. dia budak lagi mungkin tak berapa tahu tentang istilah anak angkat.. kami bagitahu yang dia anak angkat kami.. budak mana faham sangat.. dan kami menerangkan yang aku tak melahirkan dia.. cuma akulah yang membela dan membesarkannya dari hari pertama hingga sekarang.. terasa cam besar je pengorbanan aku.. yang kat sana hanya mengandungkan dia 9 bulan 10hari.. aku plak melayani kerenah dia selama 6 tahun (hingga kini).. bukan nak mengungkit atau nak cakap apa (aku memang sendiri nak korbankan jiwa raga, kasih sayang dan segalanya kepada anak yang aku bela).. tapi aku pun tahu gak pengorbanan ibu kandungnya yang mengandungkannya 9 bulan 10 hari.. serta melahirkannya seorang anak yang ibarat nyawa di hujung tanduk.



Anis Umairah masa dalam hari.. tak ingat hari keberapa.. tapi ini dia intan payung aku
 Anis Umairah terus tanya kat aku tanya mana ibu dia.. dan mana ayahnya.. tentang ibu kami ada jawapannya....  selepas melahirkan dan dia menyerahkan Anis Umairah kami terus menghantar dia kat rumah flat di Taman Gaya dan sekarang memang tak tahu dimana dia berada .. tentang ayah.. takde jawapan.. jawapan dari mulut si ibu kandung anis umairah.. suami dia tinggalkan dia dalam satu pergaduhan dan dia bawa sekali dokumen pernikahan semua.. time tu dia sedang mengandung anak ke 5nya iaitu anis umairah.  So aku bagitahu Umairah yang bapa dia takde.. skrg dia ada ayah iaitu ayah jenal.   Bila umairah tahu ayah dia takde.. dia buat andaian yang ayahnya dah meninggal.. dia siap tanya 'ayah anis meninggal sakit apa'??  Maklumlah orang meninggal ni kadang2 bersebab dari sakit.. Kami tak tahu samada hidup lagi atau tidak.. dan memang tak tahu dia kat mana.. Anis ada ayah dan ibu yang sangat menyayangi awak 'ANIS UMAIRAH'....

Sayangnya anak ibu.. mula cerahkan.. tanda lahir tetap ada hingga skrg

Penerangan kami diteruskan lagi bila kawan aku datang dan aku ceritakan kat dia yang aku dah bagitahu.. kawan aku tanya umairah adakah dia faham apa tu anak angkat.. cepat aje dia kata.. mak bapak dia dah meninggal.. so kami menerangkan lagi yang mak yang melahirkan dia orang lain.. dan yang membesarkannya orang lain iaitu aku.. dia ada ibu dan ayah.., macam orang lain.. cuma ibu ni tak melahirkan.. dan aku tak tahu beza kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat kerana aku hanya ada anak angkat yang TERAMAT AKU SAYANG.  Aku hanya memberikan kasih sayang yang ada dalam diri aku ini dan sebagai ibu kepada anak-anak angkat yang aku sayang.  Dengan rezeki yang aku ada.. itulah yang boleh aku beri.. dengan perasaan dan naluri seorang ibu.. itulah yang aku beri.. dengan semangat untuk membesarkan anak-anak angkat.. itulah yang dapat aku hulurkan.

Anis Umairah n Amni Qaireen
Anis Umairah sekarang.. comel lote je orangnya..
 Aku bagitahu yang aku ada dua orang anak angkat iaitu Anis Umairah dan Amni Qaireen.. cuma beza kami kenal keluarga Amni Qaireen.  Anak elly dan wazi.. anak ke 5.. lahir di sini dan mamanya menangis bila menyerahkan amni kepada kami.  Umairah pun tahu amni anak angkat aku.... mereka senasib..  tapi dia tetap adik umairah..  aku tak mahu umairah sebatang kara dalam dunia ni...

Amni Qaireen.. alhamdullillah ibu dapat awak pada 11 Mei 2012

Aku n Mr. Z satu ketika dulu.. moga berkekalan dan dirahmati allah.. terima kasih kerana menerima aku seadanya.. walaupun aku belum dapat memberikan zuriat sebagai penyambung titisan darah kita dan untuk rumah tangga kita.. namun Mr. Z tak pernah merungut dan tidak menyalahkan aku.  Terima kasih sangat menerima aku seadanya.. dan moga kita berbahagia dengan anak angkat yang dianugerahkan untuk kita dan kita bersama melimpahkan kasih sayang yang kita ada ini kepada mereka berdua.  


Makin besar anak ibu ni.. dah 9 bulan skrg.. ibu sayang amni qaireen.. anak manja ni

Doa akan semoga dua orang anak yang aku bela ini membesar sebagai insan yang dirahmati dan berjaya di dunia dan diakhirat.  Moga Umairah akan memberikan kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.. Kasih dan sayang aku sebagai ibu akan aku curahkan dan limpahkan kepada untuk dua orang anak yang teramat aku sayang.  Syukur kehadrat allah kerana memberi pinjam kepada aku dua orang anak angkat untuk aku limpahkan perasaan ini.
masa kami bertiga.. tahun 2011.. tahun ni kita beraya berempat untuk kali ke2

No comments: