Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, February 27, 2013

Masih menyusun langkah

Trip.. trip.. trip... hehehe.. i sangat like berjalan2 mencari pengalaman..

langkah kaki untuk 2013 ni diteruskan lagi.. tapi insyallah aku kurangkan langkah ke negara yang dah berkali-kali aku gi seperti ho chi minh dan jakarta/bandung.. lebih lagi kalo sabah n sarawak.. Macam dah malas nak bawa orang ke sana.. tapi bukan beerti aku taknak terima.. sangat nak menerima.. tapi aku sub kat orang suruh bawa le.  Itu satu langkah nak menjimatkan cuti.  Cuti harus di jaga beb.. boss marah nanti.. almaklumlah.. kita ni makan gaji.. makan nasi.. bukan makan besi.. besi pun kena beli... hehehe..

gedung sate, bandung

tugu monas, jakarta
bangunan ke ho chi minh

 Alhamdullillah berkat kepercayaan kawan-kawan aku meneruskan langkah di tahun 2013 ini.  Awal bulan januari aku dah dimestikan terbang ke Pulau Langkawi.. membawa seramai 16 orang peserta yang ingin bergembira di sana.  Flight dari jb awal pagi.. so terpaksa berjimba dulu di jalan TAR kuala lumpur.. pastu baru sambung ke tumpahnya darah mahsuri.  Hujung minggu tu gak ada trip ke kuching.. tahun ni ada trip ke sana.. minggu ke 2, ke 3 dan ke 4.

burung helang, langkawi

statue kuching depan grand continental kuching

 Hujung bulan januari plak.. trip ke selatan china... guangzhou dan shenzen dan aku meneruskan langkah panjang ke hong kong jugak.. memang tak berapa puas kat hong kong.. tapi okeylah.. dah dua kali gi.. tapi masih tak puas.. kali ke 3 insyaallah aku nak bawa anak kot... kalo ada rezeki.

kota hong kong
guangzhou
splendid of china, shenzen

Bulan Februari aku buat trip dalam negara je.. bawa satu bas ke bukit gambang.. alhamdullillah masih ada sambutan.. Syukur perjalanan kami selamat pergi dan balik dan langsung tak tersekat di dalam kesesakan.  Almaklumlah pergi pun time cuti raya china.. aku takut gak kalo jem.. lari perancangan.. tapi semua berjalan dengan lancar.

bukit gambang

Bulan Mac.. langkah aku diteruskan lagi... awal bulan.. untuk acara santai.. aku cuba mengikut taste mr. z untuk ke acheh... bukan membawa trip yang ramai tapi lebih kepada untuk merehatkan minda n memunasabahkan diri.  Pertengahan bulan trip ke ho chi minh seramai 16 orang.. sebenarnya bukan banyak untung pun ke ho chi minh ni (cakap jujur lagi... sebab dah terberi diorang dengan harga yg amat murah.. sbb beserta bas..).. tapi takpe.. dah bukan rezeki aku.. hujung bulan gi penang.. ini bukan trip.. bercuti bersama rakan taulan.. just for fun..

penang
masjid baitulrrahman acheh

Bulan april time rest.. tak kemana kot.. oooppsss lupa.. kalo ada rezeki buat trip untuk kelab bawah opis aku.. gi bukit tinggi, genting highland n ict.

colmar tropical bukit tinggi

bandar keriangan, genting

bandar cahaya, ict, shah alam

Bulan mei.. ada satu trip.. senang sikit sbb yg ni dari senai terus ke surabaya.. dari surabaya ke bali lak.. dan return.. yg ni aku bawa gak org yang tak pernah join trip aku. Sebenarnya aku teringin gak nak ke malang.. kotanya sejuk.. berdepan plak dengan gunung bromo..  Tahun 2002 aku ke sini dan mendaki gunung bromo.. dah 11 tahun berlalu.  Dalam bulan mei gak.. ada trip ke indonesia.. jakarta n bandung.. tapi yg ni aku uruskan.. diorang bayar... tapi aku takyah gi.. cantikkkk.. i like yang camni.. ada 2 trip..

tanah lot bali
gunung bromo, kota malang

surabaya

Bulan 6 maybe masa untuk free.. buat masa ni belum ada permintaan.  Aku akan bercuti ke sabah membawa dua orang anak gadisku untuk ke gunung kinabalu.  Moga2 ada yang berminat menggunakan khidmat aku.

 gunung kinabalu.. kota kinabalu, sabah

  Yang telah masuk jadual trip untuk bulan september ke bandung dan bulan november dah ready ke phnom penh.

angkor watt siam reap

phnom penh

 Sebenarnya aku baru lepas dari fasa kekecewaan.. dah tercanang gak le kat 2 orang kakak aku tu.. ingat dihati bulan mei ni nak round europe.. (macam betul2 je).. dak tengok tiket.. dah survey gak sikit-sikit dan semangat dah tebal untuk dari johor -kl - netherland.. tiket mh amat berbaloi-baloi.. cuti pun dah nak apply dari 23 hingga 7 mei.. pastu ambil tambang murah ke london - paris - london.. and ambil negara yang ke timur sikit dan ke barat sikit.  Penginapan bagi token je kat kawan atas kawan yang duduk di situ...  tapi kita hanya mampu merancang allah yang menentukan.. member tu dah ke london pada bulan februari.. (skrg. masih di sana..) dia dapat tiket free.. so takkan bulan mei.. musim bunga ni dia nak gi ke sana lagi.. cam gi jb lak.. dia kata bulan november... semuanya masih di peringkat planning.. kalo dah booking tiket tu kira sebelah kaki dah ke sana.. doakan aku dapat merealisasikan impian aku untuk ke sana. 

holland

aku memang teringin sangat nak ke sini

kota london.. london bridge

kota paris.. eiffel tower.. betul ke spellnya..



No comments: