Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, February 25, 2013

Guangzhou, Shenzen dan Hong Kong

Alhamdullillah.. aku dah kembali ke Bumi Malaysia selepas 5 hari berjalan2 di Negara China dan di Kota Hong Kong.. Ni kali kedua aku  aku ke sana.. dan rugi plak bila aku tak meneruskan perjalanan ke Macau.. sedikit ada rugi le.. Tapi takpe.. takde rezeki ke macau.. insyallah kalo ada rezeki macau akan ke tawau... maklumlah aku pun ada bercita-cita nak ke hong kong lagi

Aku bertolak dari sini jam 12.30 hari khamis 24 januari.. singgah terminal bas kulai ambil ahli trip lagi.. sebelum tu aku buat lawat dengan menyatakan aku akan tiba petang ke terminal kulai.. ada sms pukul 4.300 bukan 12.30.. dah cuak gak diorang.. hehehe... kat lcct yang akan menunggu 4 orang.. kami seramai 16 orang.  Yang paling best trip ni seolah2 merealisasikan impian abang ipar aku untuk ke china dan hong kong.. biasanya kalo kita tanya dia.. dia akan kata dari hong kong (Nada bergurau) so sekarang impian menjadi kenyataan.

Flight aku jam 8.45 malam dan akan tiba di guanzhou jam 12.35 malam.. Perjalanan dalam flight pun lancar.. i like.. tiba di sana kami di sambut oleh seorang jejaka tak kurang tampan dan balik hati.. dia dah bagitahu kita berolahraga (berjalan agak jauh ke tempat bas)... jadi dalam jam 1.00 itu kami merentasi pintu2 airport menuju ke bas.  Dari situ mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba di hotel, so tiba hotel terus merehatkan diri dan berborak2 dengan adik ipar hingga jam 4 pagi.  Jam 8.00 jadual dah bermula trip berjalan hari kedua
shawn @ T



Satu perkara yang paling aku tak suka gi ke negara china dan bila ambil agent.. kita kena gi tempat wajib... bosaannnnnnn... tempat pertama biasalah perubatan tradisionalnya.. mula2.. rendam2 kaki.. then masuk bilik doktornya.. dalam bilik tu dia goda hingga kita beli ubat-ubatnya yang beribu2 yuan tu.. ada gak le yang membeli.. moga ubat tu buat diorang lagi sihat.  Tempat ke dua gi jade.. taktiknya sebiji macam aku gi beijing.. gi birdness stadium (betul ke spellnya ya.. ).. cam aku dah dapat baca ayat kesiannya kat dia.. mengaku kononnya takyah beli dan tak suka kena jaga perniagaan jade tu.. pastu tunjukkan yang mahal2.. pastu mulalah keluar yang kita mampu.. harga rm2k.. pastu dia bagi less sampai rm100.. maka berebut2 diorang beli.. selain dari penjualannya yang kena paksa jaga syarikat jade yang juta2.. dan kebaikkan penjual tu sebab nak lingkupkan bisnes jade tu dengan menjual harga yang ribu2 tu jadi ratus2 je,.. walhal harga bendalah tu memang harga yang ko beli...pastu kami ke world leader.. kepala ting tong tengok 4000 kedai yang menjual handbag leader.. tahun 2008 aku gi depannya.. yg tu banyak pvc.. so harganya murah.. yg ni memang klass sikit.. dan kalo yang klass tu untuk diri sendiri je le.. gi tempat fabric pun okey.. tapi pada aku tak hebat, tak berapa best.. plaza one link aku tak sempat gi.. malam meronda beijing lu.. shopping gak le sikit.. satu tabiat orang china ni., diorang suka letak harga giler.. kita kena tawar sampai harga rendah.. naik giler gak le menawar.


penerangan akan dimulakan.. dia edar chinese tea dulu


lakonan bermula.. saya tak suka kat sini.. ini pun jual batu je.. pastu apa lagi.. diaorang mula membeli


melepak kat luar kedai jade


bukan barang kami



tempat makan tengahari


daerah kasut


borong kain ela


kedai makan abdullah


beijing lu


kedai2 di beijing lu

Hari ketiga plak.. perjalanan diteruskan ke shenzen.. banyak pertambahan.. bangunan makin banyak.. lawatan wajib kemana ya...oohh... kita ke tempat sutera.. seperti biasa aku hanya meronda.. selepas itu kita shopping ke dong men.. alamakkkk aku tersasar di sini.. almaklumlah time tu aku jumpa tempat murah.. mula meroyan dan mula lupa daratan sekejap.  Terlambat hampir 30 minit.. sorry ya.. selepas makan kami ke splendid china.. ada show.. not bad shownya.. dulu aku tengok dua show.. satu tentang kebudayaan dan satu lagi tentang aerobatik.  Diorang dah mula puas hati sebab dapat fridge magnet dengan harga yang dikehendaki.


Tiba Kota shenzen






splendid of china




dongdamen




splendid of china






menunggu untuk masuk tengok show




cantik-cantik.. orang dari china utara



Hari keempat kitorang kena keluar awal dan cuaca agak sejuk.. maybe dalam 14c... perjalanan hari ini ke Hong Kong.. kami melintasi shenzen dan terus masuk ke kowloon.  Dari kowloon naik train ke Hong Ham sebelum melintasi pulau Hong Kong.. maklumat ni memang aku ingat di mana hong kong terbagi kepada 3.. satu kawloon.. iaitu tanah besar.. pulau hong kong dan pulau lantau.. dulu memang kitorang ke lantau kerana menuju ke disneyland tapi kali ini meronda hong kong.. first gi tempat convention (kat tempat bungabulivia).. di kawasan harbour.. then selepas tu kitorang Bauhinia Square... tangkap2 gambar tepi laut.  Perjalanan diteruskan lagi ke Aberdeen fishing village... wahhh.. ada tempat jacky chan shooting.. cantik tempatnya.. 
selepas tu terpaksa gi jade lagi.. lagi sekali le kita nak melarikan diri.  paling best kat hong kong ni aku dapat gi victoria peak.. memang aku nak ke sini akhirnya sampai gak.. masa nak naik tu gayat gak le tengok bawah.. nak naik plak ke puncak.. tiba atas tu memang rasa sejuk.. maklumlah di atas.. cantiknya hong kong.. lebih cantik bila waktu malam.. insyaallah.. ada rezeki aku ke sini lagi.. dan nak naik victoria peak waktu malam.. nak tengok keindahan cahayanya.  Last kita gi ladies street.. lagi dulu aku dengar ceritanya.. dan akhirnya dapat gak bershopping di ladies market.. hahaha.. dapat tshirt dengan harga yang sangat berpatutan.. materialnya cantik.. kira aku puas hati sangat... balik ke shenzen.. aku confius tentang visa.. call 
shaon.. akhirnya settle masalah kami.. tapi time tu dengar gak suara2 sumbang yang tak nak jadi pendatang le.. haiii.. ingat aku ni nak jadi pendatang ke.. aku pun tahu takut ya bapak2 ibu2..
gambar sekitar disneyland hong kong.. gambar tahun 2008.. beza ya
gambar lama


abirdeen fishing




kawan merangkap adik ipar


misi melarikan diri di luar jewelley hong kong


victoria peak


victoria peak


masjid ammar ada kat hong kong




ladies street.. i like.. thirst yg berbaloi harganya


gi pemborong.. 18 helai sekali borong


kereta pembunuh


di ladies street.. banyak gak untuk lelaki


map lrt dari tanah besar






gambar lama


kat splendid of china



tugu lambang guagzhou


mickey n minney (betul ke ejaannya


Hari terakhir.. lambat sikit keluar hotel yang amat selesa itu.. kul 9 pagi baru keluar.. driver ambil lambat sikit.. dalam kul 10.. ke tempat wajib iaitu jade gak.. ada gak le yang membeli jade rm50 3 utas gelang.. pastu lagi satu tempat wajib ke bamboo.. shopping sikit le.. sebab bersesuaian untuk kegunaan harian.  Pastu kami meronda dengan train untuk ke tiga taman iaitu splendid, window of china dan satu lagi taman (lupa ya apa nama taman tu).  Pastu baru le ke Louhu Mall.. shopping beg.. senang hati gak dapat beg yang sedikit besar untuk kegunaan trip yang tak berapa nak shopping.  Selepas makan petang kami diantar ke airport.. untuk pulang.

 Trip kali ini aku suka dengan tourist guidenya.. Dia akan relatekan tempat kita nak gi dgn cite-cite yang berkaitan herba.. ginsing dll.. saya akan cerita yg aku ingat2 lupa tentang ratu yang.. dikisahkan ratu tu sangat suka sangat makan buah laici dan laici sangat sedap kat (tak ingat nama lokasi tu).. so setiap kali musim laici (stahun sekali) ratu akan menyuruh orang suruhannya mengambil laici dan orang tu akan balik ke istana dengan membawa laici yang menjadi kesukaan ratu.  Buah laici ni jangka hayat keenakkan hanya 4 - 5hari.. jadi ratu mesti dapat buah tu sebelum tempoh tu.. kalo tak dah tak sedap.  Lokasi ambil laici tu jauh di orang suruhannya ni akan menghantar buah tu dari satu port ke satu port dengan menaiki kuda.  Dipendekkan cerita pada satu tahun tu orang suruhannya pergi membuat kerja macam biasa untuk ambil laici.. tapi dalam perjalanannya dia ditimpa bala.. jadi dia nak hantar ke port yang dengan segera dan orang suruhan tu tak dapat melaksanakan penghantaran dalam waktu segera.  Jadi laici tu makin lama makin kering dan ratu tak dapat merasa laici untuk tahun tu.  Jadi orang-orang suruhan ni dapat idea.  Dia akan buat teh laici (laici gak) dan dihantar ke ratu.  Ratu plak bila dapat rasa teh dia dia kata teh tu sedap dan sejak dari tu timbul le teh laici yang menjadi kesukaan orang cina.. lebih kurang le ceritanya.  

Lagi satu tentang guide kami tu dah le hensem pastu jenis lelaki baik.. masih single.. menurutnya nak kawin di negara china susah.. perlu ada kereta dan rumah.. kereta gampang (mudah) tetapi rumah susah kerana harga tanahnya mahal.. tapi belum jodohnya.. bintang untuk shawn.. berbintang-bintang aku beri 

Alhamdullilah jam 1.40 selamat mendarat.. perjalanan yang lancar dan diteruskan dengan menaiki bas ke Johor bahru. Lebih kurang jam 7.45 pagi selamat sampai ke quarters utm.. Home sweet home


No comments: