Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, February 28, 2013

cinta ohhh cinta...

Kisah bermula malam tadi selepas sembahyang maghrib.

Menuju ke ruang tamu yang sekangkang kera tu... terdengar orang menjerit-jerit.. pelik gak... mr. z dah sibuk membuat andaian yang orang sebelah mengamuk kot..

Jeritan masih dengar lagi... 'na.. jangan tinggalkan aku na..' na.. bukak pintu na..'.. na jangan buat aku camni..'.. ayat rayuan.. entahlah macam2 lagi le.. na dia..

Menurut reporter tak bertauliah tu.. cinta sang lelaki tu ditolak.. diorang taknak si lelaki dia.. dan dengar anak daranya pun taknak.. lelaki tu yang ala2 tergiler2kan sang pompuan tu.

Lama gak dia menjerit2.. goncang gate.. pecahkan pasu.. pecahkan cermin kereta.. pecah possbox orang..  Hampir kul 10 Mr. z suruh aku kuar tengok orang dah macam pesta.. sempatlah gak aku melihat orangnya.. agak cerah.. maybe orang sabah kot.. dan terbaring kat depan rumah jiran sebelah.. dengar gak cite dia mabuk.. satu mabuk cinta.. dua mabuk todi.. hehehe.. dalam 10 - 15 minit bila sang polis tiba dengan keretanya terlerai sudah.. sang lelaki mabuk tu di bawa ke balai..

Camtulah agaknya penangan cinta.. dan cinta di tolak.. sakit.. tapi kena redha.. pasrah dan banyak bersabar.. ingat ada orang yang kita kena sayang lebih dari segalanya iaitu allah.. 


No comments: