Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, May 16, 2012

Duniaku Episod 3 Miaww

kali ni gi kuching lagi sekali iaiti pada 15 hingga 16 Februari.. membawa sekali keluarga belah mertua dan ipar duia.. nasib baik ipar duai sepasang je... (adik Mr. Z ada sorang)... diaorang first time ke kuching.

setiba di sana disambut oleh bujang yang tersangat baik dan mudah memberikan kerjasama.  kami menikmati makan tengahari dan terus ke muzium kuching sebelum ke kampung budaya.  tapi aku terlupa plak nak bawa camera.  tak masuk pun.. cuma gambar kat burung kenyalang je.  pastu check in harbour view.. mudah hotel ni.. bila2 masa boleh gi main bazar.  Malam kami keluar lagi untuk menikmati makan malam dan bawa round keliling kuching.

Keesokkan harinya kami membeli kek lapis untuk di bawa pulang dan terubuk masuk abang jeff.  Selepas makan tengahari kami gi rumah cik li di kem berhampiran airport.. itulah percutian ringkas aku n keluarga mr. z.  Lebih kurang jam 9.00 kami tiba ke rumah.  Alhamdullilah.. tercapai sudah impian keluarga Mr. Z ke sarawak.

Dewan undangan negeri di astana

melintasi sungai serawak m
main bazaar

Duniaku Episod 2 Tugu Monas, Paris Van Java

Perjalanan kedua bersama staf anpec.. pertama ke ho chi minh dan ini yang kedua.. dan kedua perjalanan jauh untuk tahun ini iaitu pada 4 hingga 7 Februari 2012.

Setiba di sana kami beratur panjang gak untuk pemeriksaan pasportt.. biasalah kalo ke indonesia mesti camni.  tapi under control semuanya.  Perjalanan diteruskan ke tanah abang.  Aku terus membelikan anak kat rumah beg troli untuk jalan dan bakal anak beg kereta.. saja suka2.. 

Aku pun dah banyak lupa rentetan cite trip ni sebab dah lama... hari pertama ke jakarta dan terus ke bandung.. dalam perjalanan bas buat hal.. so terpaksa melepak kat R&R sampai siap.  Sebelum tu bas mengelurkan asap...semua lari.. takut meletup.  So, lambat le tiba ke bandung.. setiba disana terus lepak.. 

Esok perjalanan diteruskan ke tangkupan perahu... seperti biasa sang kuriang sentiasa mengejar tak kira yang di kejar spesis dayang sumbi ataupun bapa dayang sumbi.   Diorang ramai beli jam hard rock cafe dan beatles tu.  Turun dari tangkupan perahu kami menikmati makan tengahari di kampung daun.   Nasi timbel sorang satu dan es campur.  Sesudah itu meronda toko 3 dan cibaduyut.. jalan sambil berbelanja.  Malam si ana kuar.. so aku mengirim bakso.. wowwww.. first class rasa baksonya.. tak sia-sia pak mulo prmote.

Hari ke 3 terus ke pasar baru.. aktiviti shoping je.. dan aku tak tahu dah nak tulis apa.. dah tak rasa sangat xcited ke bandung sebab macam dah sering ke sana.. malam tidur ke puncak.  Cianjur hotel sangat okey.. besar dan selesa.  Malam ngeteh ramai2 (dengan staf anpec).. saja je aku join..pekena bakso.. alamakkk.. kat bawah tu ada kedai runcit ala-ala minimart.. diaorang bagitahu makeup murah.. aku pun sambar satu..

ni aje kenangan yang aku ada.. skrg memang aku malas ambil gambar bila gi jakarta, bandung dan puncak
Esok sesudah breakfast kami terus pulang ke jakarta dan terus ke airport untuk terbang ke malaysia.


Friday, May 4, 2012

Duniaku Episod 1 Bumi kenyalang

melihat pertunjukkan

semenggoh orang hutan

peneman setiaku.. puan ratna aisah.. terima kasih puan


kak apa ya..??? lupanya le namanya.. tapi dialah tourist kami masa di kampung budaya


peserta trip mendengar penerangan

posing bodoh2 dalam dewan
Setiap orang ada hobi.. cuma lain2 citarasanya... tajuk aku menggambarkan hobi aku yang satu iaitu berjalan2...  dan jalan2 itu adalah duniaku.. azam akukan mengelilingi dunia.. lihat negara orang... sepanjang perjalanan menimba pengalaman motto hobi aku.. hehehe..

Perjalanan aku dimulai dengan melangkah ke kuching pada 8 hingga 10 Januari 2012.. membawa bersama 62 orang termasuk aku yang terdiri daripada 60 orang kaum adam dan cuma kami berdua iaitu aku dan Ratna Aisah kaum hawanya.  Alhamdullillah membawa kaum adam memang tak rumit.. cuma sikit rumit ada yang nak ngeteh je..

Perjalanan berjalan lancar dan terus mendarat ke kuching international airport dalam jam 2.00 petang.  Terus di bawa untuk menikmati makan tengahari, membeli kek lapis dan berjalan-jalan di water front city.  Keesokkan harinya lawatan di teruskan ke kampung budaya.  Wahhhh!!! gembira aku melihat diorang yg sporting turut menari bersama artis kampung budaya.  Sesudah bersembahyang kami melawat ke orang hutan di semenggoh dan sebelum ke hotel kami menikmati seafood yang enak dan lazat.  Hari ketiga masa untuk pulang.

Terkenang-kenang cerita2 kat sana.. di mana ramai yang tertanya siapa kami kaun hawa yang berdua ini.  Ada yang menyangka kami ni orang sarawak.. setelah diterangkan kami ni menguruskan lawatan tersebut ada juga yang meminta bisnes kad... maaf belum cetak.  Perjalanan di sana menggunakan 2 bas dan didalam bas penuh dengan cerita lucu bersama orang2 felda.. terutama datuk penghulu air tawar 2.. kelakar orangnya.  Mesra di samping ratna aisah.. mungkin sebab dah takde pilihan kot.. heheh..

Alhamdullilah.. dan harap peserta yang aku bawa berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi.

Setelah lama terkubur...

Entah kenapa ya aku jadi seorang yang pemalas untuk menulis kat blog ni.. aku memang bukan penulis tapi sekurang-kurangnya ada juga sesuatu untuk aku baca tentang diri aku di hari depan kelak.  Dah lima bulan aku meninggalkan ruangan ni..... apa kesibukkan aku ya?? berjalan je ke.. tak gak rasanya.. tapi hari ni aku cuba bangkit setelah lama berkubur...

Friday, December 23, 2011

selamat datang 2012

Pejam celik pejam celik 2012 semakin hampir... ada tak benda yang tertangguh untuk dilaksanakan.. apa ya??? ooohh.. bersedia untuk besday my best fren azura abu bakar yang akan menyambutnya pada 26 disember .. besday ratna aisah pun baru berlalu pada 15 disember hari tu. apa ya nak bagi zura...??? 

Azam 2012?? azam lama aku perlu teruskan.. jaga kesihatan dan banyak bersenam.. kurangkan makanan manis, berlemak dan makan beras perang.. hehehe.. azam seumur hidup tu... cuba berjimat cermat... memperbanyakkan amalan kepada allah.. sembahyang jangan tinggal ya... tambah anak???? hehehe.. dah tua baru nak tambah anak... nak buat camna... insyaallah kalau ada rezeki...

Hobi yang perlu diteruskan... gi jalan-jalan.  Yang ni memang i like.. destinasi yang dah ada dalam akaun air asia aku... tunggu waktu je.. bulan januari dimulakan perjalanan dalam negara.. ke kuching bersama kelab apa ya.. pengurus felda.. dari air tawar 1 -5, semenchu., simpang waha dan bukit aping..... 

bulan februari jakarta bandung. bersama krew2 anpec global dan kuching bersama ibu dan bapa mertua ku.. 

Bulan mac korea.. aduh.. akhir-akhirnya aku memang dah terpengaruhi dengan drama korea dan cinta aku kat winter sonata tak hilang pun.. full house dalam ingatan.. dan all about eve tetap dalam kenangan.  Lagipun dah rezeki.. ada orang belanja.. janji saya pada orang yang belanja.. saya bersedia berkhidmat untuk awak kat sana nanti.. tapi awak sekeluarga.. saya berseorangan je.. tapi itu bukan halangan untuk saya menguruskan perjalanan anda.  Perjalanan dalam negara aku akan ke sabah saja-saja merambu.. dan ke kl.. temankan orang tua sidah jalan2 naik flight.


Bulan april bangkok.. kali ke 2 gi.. so tak teruja sangat.. cuma nak menjengah chatuchak market.. bawalah diorang gi floating market.. jengah wat.. dan jalan2 sekitar bangkok.. aku tak bawa gi pattaya.. zoo, safari dan tempat2 yang aku gi dulu.. travel sendiri.. tak ambil agent kat sana..



bulan mei jakarta bandung lagi... cehhh.. macam kampung halaman plak dan macam ada bisnes besar-besar plak selalu ke sana.. pastu ke kuching ramai2 dengan family aku.... gi rumah cik li le

bulan jun rehat... bulan julai melbourne, australia... yesss... alhamdullillah tiket dah beli.. tunggu waktunya walaupun lama lagi.. aku memang nak gi negara orang putih.. moga2 ada rezeki aku ke sana.. kira kaki sebelah dah ke sana le.. bulan julai puasa.. bulan ogos raya.. melepak kat rumah le..




Wahhh.. bila tengok perjalanan aku tu... kena guna banyak duit tu.. terpaksalah berjimat cermat... boleh ke aku ni??? Tahun depan gak anak kesayangan aku akan menjejakkan kaki ke sekolah tadika indah ria... untuk pembelajaran anak aku memang rela spentkan gaji.. itu tanggungjawab.. dan mudah-mudahan adalah rezeki aku untuk menimang cahayamata.. (walaupun bukan dari perut aku).

selamat tinggal.. 2011

7 hari lagi nak tinggalkan 2011. apa dah aku buat sepanjang tahun 2011?  apa pembaharuan.. perubahan 2011?  rasanya aku dah lalui 2011 dengan 1000 kenangan, 1000 keazaman.. walaupun yang tercapai hanya 10... hehehe.. bersyukur tercapai gak.. kira ada gak le daripada takde...

Paling aku suka tahun 2011.. aku dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.. itu pengalaman terbesar dan memori terindah dalam hidup aku.. dapat melihat kaabah, hajarul aswad, raudhah, masjid nabawi dan semua tempat2 sejarah di tanah suci, tanah haram... alhamdullillah.  Syukur banyak2 ke hadrat allah kerana menyempurnakan hasrat hati aku.. 2010 dulu.. aku nak sangat rasa musim sejuk... syukur aku dapat ke beijing musim sejuk.. Tapi tahun 2011 ni macam tak banyak sangat ke luar negara.. aku hanya ke vietnam, bahrain, mekah dan manila.

Dari segi keluarga... takde tambahan.. anak kekal 1.. rumah dan kereta pun tak bertukar.. yang tu aje.. cuma tambahan lagi 2 orang anak saudara.. yang besar panjang.. (anak sedara berkahwin) .. khairul azmi dan tambah anak sedara kecil (anak cik li.. adib debab).  Kewangan??? biasa je.. dapat gaji bayar sana sini.. dan dapatlah ciput untuk berhibur.

Fizikal.. tahun lepas gak aku mengikuti kursus healthy living.. adalah gak turun.. tapi sekarang ni..ilmu penuh didada.. cuma tak praktikal je... insyaalah 2012... azam yg tu berterusan..

Moga aku terus diberi kesihatan yang baik, berbahagia di samping keluarga dan dapat menjalankan kehidupan untuk hari mendatang dengan lebih baik lagi.  Insyaallah.

Monday, December 5, 2011

OR, JPO DAN ICF

Minggu lepas minggu sibuk gak.  Dah 2 minggu berturut-turut aku ke opis di hujung minggu.  Minggu ni kerana ICF.

Minggu lepas hidup aku di selubungi dengan OR .. ombak rindu kat mana-mana.. insyaallah hari ni aku nak gi menonton.. last gi menonton Nur Kasih The Movie.  Maklumlah Mr. Z bukan kaki wayang.. dan aku pun sesekali kalau teringin... aku gi.. kalo tak... aku tak kisahpun.




Pastu minggu lepas gak orang sibuk dengan JPO.  Hari jumaat hari tu aku ke sana.. hahaha.. dapatlah tangkap hand beg guess.. dengarnya orang kampung aku pun gi gak.. diorang tangkap carlo rino.  Sabtu aku gi lagi.. tapi hantarkan Mr. Z untuk meninjau je.  11 disember ni perasmian.. tapi aku takde plak kat sini.. hantar pengantin ke KL.

Malam tadi aku terpaksa ke opis untuk program ICF.  International Culture Fiesta.  Wahhh..!!! meriah dengan sorakan pelbagai bangsa.. yaman dan iran.  Alamak.. yang dok depan aku... hehehe.. memang sweet.. kul 12 baru balik.  Pelbagai tarian disajikan .. dan baru aku tahu kebudayaan orang iran dan yaman bila majlis perkahwinan.. macam nak giler menari.