Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, May 18, 2012

Memayungi Dua Cahayamata

Alhamdullillah.. rezeki kurniaan Allah... 

CAHAYAMATAKU
11 Mei 2012 jam 4.30 petang aku berjaya mengendong seorang lagi cahayamata kedua... anak perempuan bernama AMNI QAIREEN.  Lahirnya dia pada 11 Mei 2012 jam 2.50 petang bersamaan 19 Jamadilakhir1433H dengan beratnya 2.85 di Hospital Sultan Ismail.  Mudahnyakan aku mendapat anak kedua nikan... hahahah.. Rezeki.. lagipun dia ni bukan orang lain..kami ada pertalian darah.  Dan tak semudah yang dibayangkan... mungkin ada hati yang terluka akibat janji yang telah dibuat dan untuk melaksanakannya mengalirlah airmata.   Maafkan aku... insyallah aku takkan putuskan pertalian yang ada

KETENANGAN KEBAIKAN
Amni Qaireen mengikut pencarian melalui google bermakna Amni-ketenangan dan Qaireen -Kebaikan.. aku nak anak aku ni seorang yang tenang dan baik dalam menangani liku-liku kehidupan kelak.  Menjadi anak yang menghormati orang tua... tenang dalam segala ujian, sopan santun, bijak, sihat dan baik didunia dan akhirat.. tinggi gak harapan seorang ibu kepada anaknya.  Nama Amni.. Umairah yang bagi.. sebelum ni dia nak namakan Amni Soffiya... tapi kerana ada insan yang lebih berhak untuk menamakan suruh aku meletakkan huruf Q.. maka dengan senang hati Mr. Z mencari huruf Q.. kalau ikut aku yang malas nak mencari ni nak namakan Qalisya atau Qaira.. tapi Mr. Z lebih nak menamakan Qaireen.. cam kurang sikit yang gunakan nama Qaireen tu... dan itu mendapat kelulusan dari aku.  Baru boleh guna.. heheh.. kalo tak ada aje bangkangan... bukan apa.. tukar pendapat je.. saya setuju nama tu Mr. Z

PERUBAHAN JADUAL
Anak kedua ni aku cuba jaga sepenuhnya.. xspecially waktu malam... anak pertama dulu.. dalam hari aku sub je kat kampung.. so lepas habis hari aku bawa balik rumah.. dia menangis.. aku pun nangis sama.. jadi yang kedua aku taknak peristiwa berulang lagi.. nampak gayanya jadual tidur aku berubah le.. aku kena tidur awal dulu.. habis isyak je.. dalam jam 9 aku dah tidur.. dalam kul 11 aku bangun... kalo baby okey.. aku sambung tidur.. jam 3 pun cam tu.. aku bersedia untuk berjaga.... 2 malam lepas aku macam bermimpi.. dengar baby nangis.. Mr. Z kejutkan aku.. rupanya anak sendiri yang menangis... Jam 4 biasanya aku sambung tidur sampai jam 6.30.. aduuhhh... kurang sikit waktu tidur.. tapi takpe.. untuk kesenangan bersama.... 

JAUNDICE
Amni Qaireen gak tak terlepas dari kena penyakit kuning.. walhal bapanya dah ingatkan untuk aku mandikan dengan serbuk kuning tu... tapi nasib dia.. so hari ke 3 kitorang bawa dia gi klinik.. tinggi gak kata nurse.. 10.6, hari ke 4 camtu gak.. 8.8 hari ke 6 baru okey 5.6.. dan alhamdullillah dah tak perlu bawa gi klinik.. dia ni memang kuat menyusu.. alamakkk.. kena ingat hari ni aku kena belikan susu... 

SUSU LACTOGEN
bab susu plak.. aku ni jenis kedekut ke.. ??? orang selalu cite guna susu bagus2.. untuk otak. tulang dan kulit.. tapi aku plak jenis suka ikut kakak-kakak aku.. (kira ambil yang baik le) dia orang kata susu ikut keserasian dan tak perlu mahal.. susu yang baik belum tentu menjadikan otak yang bagus.. kena belajar gak nanti.. cuma aku harap anak dapat tubuh dan otak yang sihat.. so aku gunakan lactogen je.. sederhana.. yang penting cara didikan aku nanti.. bukan faktor susu semata.... tapi aku tak menafikan susu ibu susu terbaik.  Susu lembu??? Lebih kurang aje bagaimana dia terhasil... cara promotion dan pengikalanan diorang yang buat ibubapa tergoda..

PENJAGA
Nasib baik billa ada time camni.. billa baru habis belajar dari Politeknik Merlimau.. Diploma in Management le kalo tak silap.. kalo salah dalam Marketing le.. So secara kebetulan dia baru habis exam final minggu lepas.. then dia bercuti ke Sarawak.. lepas tu dia terus dapat offer  menjaga anak aku... Gaji dia... hehehe.. aku bayar le sikit.. tak gak sikit.. tapi okeylah.. lepas le kot dia nak bayar viva dia.. sabtu dan ahad aku bagi cuti.. makan ditanggung (dia makan sikit sangat) aku nikan jenis majikan yang baik.. malam rehat.. tolong le basuh pinggan mangkuk tu ya.. tapi dia okey.. semua perkakasan baby dia settle.. termasuk basuh baju.. dan bawa baby round2 lagi naik kete.

HARAPANKU
Walaupun Anis Umairah dan Amni Qaireen bukan darah dagingku tapi aku berjanji akan menjaga diorang sebaik-baiknya.  Aku belum di berikan rezeki untuk memiliki anak sendiri.. tetapi aku rasa aku memang seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang sangat-sangat aku sayang.. sepertimana aku selalu bagitahu anak pertama.. dialah nyawa aku.. dan anak kedua.. dialah jiwa aku.. aku sayang anak-anak aku.. mungkin orang tengok aku ni jenis selalu tinggalkan anak.. jenis tak ambil kisah sangat.. jenis take it easy... tapi di sudut hati aku ni aku memang sayangkan diorang.. aku selalu terfikir bila aku takde anak.. sapa yang sudi menjaga aku dihari tua..?? aku pun tak tahu nanti kasih sayang diorang kepada aku.. ?? adakah diorang yang akan jaga aku dihari tua?? di waktu aku sakit?? cuma aku boleh berdoa dioranglah yang akan melindungi aku pula dihari tua diwaktu aku sakit.. berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama seperti sebuah keluarga bahagia yang lain.. moga budi yang baik di balas baik juga.. dan Ya Allah yang tuhanku...  semoga aku berjaya memayungi dua orang cahaya mata kurniaan mu ke jalanmu didunia dan diakhirat... jadikan mereka berdua anak yang sentiasa membahagiakan penjaganya.

Aminnn..

Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 9 Terbang ke Kuching

Bertandang ke kuching pada 5 Mei.. 

rasanya macam dah malas.. tapi kerana ni macam gathering kita adik beradik.. terpaksalah aku join.. tak syok plak aku tak join... gi ramai2 ni best gak..

just trip singkat.. tiba malam, esok gi serikin dan pasar satok...  malamnya balik... flight delay.. ada masalah teknikal.. tapi alhamdullilah akhirnya tiba rumah dengan selamatnya lebih kurang jam 11.00 malam.



Duniaku Episod 8 Jakarta Puncak Bandung

Trip aku kali ni ke Jakarta, Puncak dan Bandung dengan membawa bersama Pengurus Felda Wilayah Zon Selatan seramai 59 orang.  

Pagi2 aku dah keluar dan terus ke KLIA.. diorang naik flight lion air .. aku plak  naik air asia ..  nak murah kononnya.  Diorang tiba kat KLIA tengahari dan flight diorang lebih kurang jam 3.30.. semua berjalan lancar.. yang tak lancarnya kami berdua.. gara-gara terlambat ke LCCT kami telah ditinggalkan flight.. terpaksalah naik Mas Airline.. aduuhhh.. nasib badan.. moga ada hikmahnya... masa tu memang pening kepala den memikirkan.. telefon klm, telefon lion, dapatkan harga air asia.. last2 mas airlines gak yang kami ambil..  itu pun flgiht malam.. hati memang tak senang.. aku suruh iim bawa ke morib.. memang dah lama nak tengok pekan morib dan laut disana.. tercapai gak... tengah stress time tu.. tiba airport dalam jam 12  waktu kita.  Dari airport jakarta terus ambil kenderaan ke puncak.. jam 3 pagi tiba puncak.. makkk ooiii.. tidak ku sangka jadi begini.

Jalan ke puncak pun bergerak perlahan sebab ramai menuju ke sana.. maklumlah esoknya cuti.. 
kat klia

Kedatangan aku tak sia-sia.. menyelesaikan masalah diorang.. mana tak hanya 1 bas yang boleh memuarkan 60 orang.. memang muat.. tapi tak selesa.. so aku mohon dapatkan 1 lagi bas.. hari ke2 dia bagi van yang boleh memuarkan 15 orang.... kurang sikit seksaan orang naik bas.. ada plak yang tertinggal pasport kat bilik hotel.. tapi alhamdullillah semua under control..
waktu pagi di puncak

para peniaga jalanan

beli buk

bagasi dari malaysia

Tourist guide kami sovi memang membantu.. aku respect sama dia.... yang pandai mengambil hati dan menjaga kebajikan ibu-ibu bapak-bapak sekelian.

Hari ke 3.. kami ke tangkuban perahu.. masa tu dah ada 2 bas.. memang selesa.. secara keseluruhan semuanya okey.. harap sangat diorang berpuas hati.. malas nak cite panjang. semuanya sama je..
pokok pine menghala ke tangkuban perahu

jam.. minat aku tengok


sawah dari puncak ke bandung

Hari ke 4... kat airport.. aku je boleh masuk.. so terpaksa menyelesaikan sorang diri.. ada plak dah terlebih berat dan kena bayar.. tapi aku tak mahu camtu.. aku nak kira lumsum.. alhamdullillah semuanya selamat tanpa dikenakan apa2 bayaran... dan lagi flight kami plak delay.. terpaksa melepak lagi.  tiba kl dalam jam 6... hari ni plak birthday mr. z.. kami singgah ke simpang rengam.. belikan kek.. dan belikan makanan malam di restoran jumaat..
aku suka nasi timbel


di pasar baru

hotel di jakarta

my favourite

cakkk.. gembiranya dia

nasi timbel


di sokarno international airport

terminal 3

para peserta

barangan dagangan

mandala hotel

tangkuban perahu

tersadai... flight delay

lepak kat depan kedai kemangi di pasar baru

tiket ke tangkuban perahu


hotel serena

cakkk.. kat itc cempaka mas

sape dia... tengok tangan dan air je dah tahu siapa


peserta trip

deretan beg.. berminat???

cuma nak komen... ada gak 1 peserta yang kekwat.. cam bagus je... sovi, aku n ratna je yang tahu..

indahnya ciptaan tuhan

anak sungai


anak sungai

Duniaku Episod 7 seminar di bandung

Aduhhh... balik dari bangkok 7hb.. dan 9 hb.. aku dah start nak memulakan satu lagi tugasan.. kena jadi pengawai pengiring untuk student 5 etp ke bandung indonesia.  Nasib baik Mr. Z memahami tugasanku walaupun kadang kala dia jadi geram.. gi korea, gi bangkok, gi indon.. pastu nak gi indon semula. then terbang plak ke kuching.. pastu sambung indon lagi.. julai trip melbourne n sydney plak.. waduhh.. cam orang kaya aje aku.. mr. Z kata dah macam pramugari versi gemuk

jam 4.30 pagi encik fadil dah datang ke rumah aku untuk mengambil dan menghantar aku ke FAB.  Bas akan tiba dalam jam 4.45 dan aku plak kena get ready dengan student seramai 13 orang.  Thanks Cik zah kerana sudi mengejutkan stafnya yang kaki tidur ni untuk bersiap ke bandung.

Semua dah ready dalam bas dan kami memulakan perjalanan ke woodland.. alamak.. hari sebelumnya merupajkan hari cuti (good friday untuk rakyat singapore) so.. jalannya jammed.  Hampir pukul 7 masih di CIQ.. seramnya.. memang aku ngeri memikirkan bila kami terlewat camni.  Lagi satu driver tu plak kata terminat low cost/budget.. aku study terminal 1.. terpaksa confirm semula.. suruh ratna aisah cekkan kat google... alhamdullillah.. sempat gak kami menaiki flight ke bandung.

Jam 9.50 kami dah selamat tiba kat bandung airport.. alaaa.. keciknya airportnya.. dah le tu beratur sikit punya panjang.. imegresen 2 orang je yang bertugas.. tiba kat sana terus kami di bawa ke Factory Outlet.. diorang membeli gak le.. aku just beli sehelai tshirt je... dan belikan umairah sehelai jeans guess .

Selepas makan tengahari dibawa ke toko 3 sebelum dihantar ke hotel.  After check in aku n cik zah menyambung di pasar baru.. wahhh.. hidup aku kalo kat sini... beli gak baju ela dan beg kiriman maria.

Malam program bermula dengan dinner di universiti padjajaran bandung.. Makanan okey... tapi diorang ambil langsung tak tinggal orang belakang.. semuanya ambil cam gunung.. selepas tu ada plak majlis membunyikan anglung.. semua orang dapat seorang 1.. dan ada no.  aku punya no. 1.. so bila dia isyaratkan untuk no. 1 semua kena bunyikan.... so jadilah sebuah irama dengan 7 bunyi anglung tu.. best gak... balik terus tidur.. penat

Hari kedua.. kami concentreat pada seminar.. macam2 input diorang dapat.  seminar anjuran UUM dengan kerjasama Universiti Padjajaran.  Petang peserta (staf) nampak kurang.. diorang gi pasar baru rupanya.. malam program cancel.. so diorang semua nak gi karaoke.. hahaha.. aku tak pandai nyanyi.. tapi terpaksa sprorting... nyanyilah gak lagi DIA serangkap.. nafas pun putus-putus. 

Hari ke3.. minta keizinan dari TNC untuk membawa diorang gi pasar baru.. sian diorang tak menyopping lagi.. Bila TNC appove je.. apa lagi.. si makcik ni pun tumpang sekali le..  Kul 1.. waktu untuk pulang.. flight kami di jakarta.. so terpaksa menyewa van 19 orang dan terus ke jakarta... nasib baik jalan ke airport okey.. jalan menghala ke bandung memang teruk jammed.. rupanya ada tunjuk perasan untuk kenaikan gaji murah.. 

Tiba di airport.. flight delay.. sebabnya ada gempa di Acheh.. makkkkkkkkkkkkk tolongggggg. .. aku seram gak... kul 9 baru flight okey.. dan lebih kurang kul 1 malam tiba di rumah.. alhamdullillah... semuanya selamat.


Duniaku Episod 6 Sawadikap

Alamak... baru balik dari korea 2 hari aku terpaksa menyiapkan diri ke Bangkok plak.. perasaan takle sexcited gi korea.. maklumlah bangkok dah pernah ke jejaki.. walaupun dah lama.. kiranya dah ada xperience ke sana.. 

pemergian kali ni kira macam backpakers... kita redah je.. aku malas nak contact any agent kat sana, so aku study gak le.. maklumlah nak bawa orang.. walau bertujuh sahaja.. that y le aku berani.. diorang plak jenis tak kisah.. dari jb aku ambil bas xpress.. dah berzaman rasanya tak naik bas xpress.. dari skudai terus ke bts.. dari bts naik lrt ke kl central dan dari kl central menaiki bas ke lcct.. letih gak.. banyak masa dalam bas... tiba kat lcct dah lapar.. nasib baik kami ni menumpang tuah orang tu.. bf dia belanja dia.. so kami menumpang dibelanja sekali... sian bf dia... dapat le mc chiken.. mc nugget.. kenyang sikit... 

Dalam jam 10.20 malam kami pun berlepas ke bangkok city... alhamdullilah flight okey.. rasanya flght airasia baru untuk thailand punya.. yang penting talipinggangnya panjang. Jam 11.20 waktu sana bersamaan 12.20 waktu kita kami selamat landing di Suvarnnabhumi airport bangkok.  Keluar pintu 4 terus menunggu van yang telah aku tempah by online.  Vannya sangat le okey.. dan terus ke first hotel.

alhamdullilah selamat tiba airport


Wahh.. hotelnya pun teramat selasa.. maklumlah harganya pun bukan murah... aku booking hotel ni sebab nak senang untuk bershopping... boleh jalan kaki je.. takyah nak naik kenderaan.  
bilik di first hotel.. terasa mewah

ada 2 wings

tak sempat nak mandi manda

Esoknya selepas menyiapkan diri... kami pun cuba xplore kawasan pratunam market.. dengan mudahnya aku menjumpai kawasan tu.. kemaruk gak le dioroang membeli blouse dengan harga borong.. beli satu mahal sikit.. kalo beli 3 jadi murah untuk sehelai.. wahh.. mula le mengira-gira dan berkongsi membeli... 1 untuk aku.. 1 untuk kak cik dan 1 untuk joy.. kalo kat malaysia rm25.. kat sani baru rm11 je... wahhh berbaloi--baloi ni.. sebelum bersoping ni kami mencari tenaga dengan bersarapan disebuah gerai muslim di di area pratunam market.. masa makan tu adalah berkenalan dengan seorang pakcik (usia lebih kurang penghujung 40 atau di awal 50.. asal kelantan dan dah jadi rakyat thai.. dia rupanya tour guide.. tapi aku lebih senang mencuba sendiri.
harga seluar


rm10

rm10
kat pratunam market

i suka betul nescafe ice dia.. sedap.. halal

pentium..


borong borong

Dah penat menyopping.. antara pratunam market dan platinum mall.. kami melepak jap kat bilik.. dah janji dalam jam 2 kami keluar mencari makan tengahari dan terus ke mbk dan ke pathpong night market.  So dalam jam 2 kami menyusuri jalan mencari restoran faridah.. diorang tunjuk makin ke atas.. last2 tak jumpa.. nampak je gerai yang ada tulis bismillahhiramannirahim kami terus duduk dan mengorder makanan.. okeylah gak... terisi perut.. kawasan tu dekat je ngan lrt.. so.... naik lrt.. gi mbk.. mula2 tiba mbk tak tahu apa nak beli.. nak cari sutera thai yang lembut cam takde je.. first2 nampak fridge magnet yang murah.. terus sambar,.... biasalah orang tua sidah memang beli untuk 1 opis dan jiran2 dikampung.. so banyak le dia membei.. jalan2 lagi... nampak cam baring je kat mbk.. last2 kami melepak tempat orang jual tshirt bangkok.. wahhhh.. bukan main shopping lagi tshirt2 tu.. maklumlah harganya agak menarik.. sebelum berjumpa kat tempat yang dijanjikan aku terpaksa mencari restoran yana.. di dalam mbk untuk makan malam... alhamdullilah jumpa restoran tu... harga agak mahal dan rasanya pun biasa-biasa je... tak tahulah kalo makan kat situ.. kami punya bungkus.. beras thai masak nasi goreng.. kurenggg... malam gi pasar malam.. 2 orang peserta sangat seronok... macam2 benda pelik dia dapat tengok.. aku plak boring.. dah tak sabar nak balik.. dan dah tak sanggup naik mrt.. kami naik cap.. alamakk.. ada beza harga.. kak cik punya cap mahal.. dia kata jem le dah pelbagai alasan.. aku punya ikut meter.. puas hati.



gembiranya aku.. jap lagi sesi melontar

kat farida restoran


kat area mbk


ada show kat area mbk



mrt route


Hari ke 3.. pagi2 kami dah ke pratunam market.. maklumlah hari last... so.. gi breakfast kat tempat semalam dan mula sesi sopping sampai tengahari... orang2 kat sini jenis malas nak melayan.. nak cari kasut saiz berapa2 pun macam malas je... melepas le aku nak beli kasut nak bawa gi australia bila tengok cara diorang.  Tengahari kami berjanji untuk menyusuri sungai chao phraya.. so kami dioffer menaiki tut tut.. harganya sangat murah iaitu hanya 20 bath bersamaan rm2.. tapi kami kena ikut dia ke kilang gem.. sebab diorang akan dapat kupon minyak.. no hal le.. puas naik tut tut.. dan kami akhirnya dihantar ke tepi sungai chao phraya setelah melawat kilang gem.. setelah tawar menawar kami menyewa satu bot untuk 5 orang.. 2 orang lagi tu tak habis shopping kat platunam mall.  kira puas sangat naik bot yg sangat selesa untuk 5 orang.. tengok feri lain bagai diantan kata orang tua sidah (menggambar tersangat ramai dalam sebuah feri).  Setelah habis menyusuri sungai melalui wat arun, dan pelbagai tempat lawatan lagi kami menaiki tut tut tadi gak (janji suruh ambil) dan suruh tut tut tu singgah kat kawasan macam pasar malam  sebab nak beli kasut.. dan satu lagi lawatan ke kilang gem satu lagi.. dia kata tambangnya free.. okey je.. jauh tempatnya.. sehabis tu suruh dia hantar ke faridah restoran atau che yah ... dekat je restoran tu... alhamdillillah makanan kat kedai faridah tersangatlah best..sesuai dengan tekak aku... kami plak tak sampai hati tengok drive tut tut berlalu tanpa bayaran.. maka kami memberi imbuhan yang lebih mahal dari tambang kepasa si driver.. teima kasih.. baik orangnya.
tut tut.. gembiranya sepasang suami isteri

tut tut.. murah tapi belum tentu selamat

pak driver yang baik hati.. vrommm vrommmm

dia ni kalo bab macam ni memang di kelihatan sangat tak bermaya.. cuba bershopping .. dialah paling hidup

menyusuri sungai chao phraya

selamat tinggal bangkok

jom jalan-jalan








berjual di floating market




kat aiport

mak cik yang baru keluar untuk berjual.. mahalll








driver bot yang kitorang sewa





sedapnya 2 beradik ni makan nangka.. kat malaysia takde nangka sesedap ni ke???






Balik bilik sesi mengemas terakhir sebelum check out.  Dan bagai dirancang van datang tepat pada waktunya untuk dihantar ke airport.  Dari bahagian depat ke gate untuk berlepas agak jauh... so pada semua yang dari bangkok nak balik ke kl dengan air asia kenalah awal sikit..  Pada aku bangkok memang best.. lain kali boleh bawa mr. z kalau dia sudi.. dia tu liat sikit nak jalan.
airport


selamat tinggal sang patung