Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 6 Sawadikap

Alamak... baru balik dari korea 2 hari aku terpaksa menyiapkan diri ke Bangkok plak.. perasaan takle sexcited gi korea.. maklumlah bangkok dah pernah ke jejaki.. walaupun dah lama.. kiranya dah ada xperience ke sana.. 

pemergian kali ni kira macam backpakers... kita redah je.. aku malas nak contact any agent kat sana, so aku study gak le.. maklumlah nak bawa orang.. walau bertujuh sahaja.. that y le aku berani.. diorang plak jenis tak kisah.. dari jb aku ambil bas xpress.. dah berzaman rasanya tak naik bas xpress.. dari skudai terus ke bts.. dari bts naik lrt ke kl central dan dari kl central menaiki bas ke lcct.. letih gak.. banyak masa dalam bas... tiba kat lcct dah lapar.. nasib baik kami ni menumpang tuah orang tu.. bf dia belanja dia.. so kami menumpang dibelanja sekali... sian bf dia... dapat le mc chiken.. mc nugget.. kenyang sikit... 

Dalam jam 10.20 malam kami pun berlepas ke bangkok city... alhamdullilah flight okey.. rasanya flght airasia baru untuk thailand punya.. yang penting talipinggangnya panjang. Jam 11.20 waktu sana bersamaan 12.20 waktu kita kami selamat landing di Suvarnnabhumi airport bangkok.  Keluar pintu 4 terus menunggu van yang telah aku tempah by online.  Vannya sangat le okey.. dan terus ke first hotel.

alhamdullilah selamat tiba airport


Wahh.. hotelnya pun teramat selasa.. maklumlah harganya pun bukan murah... aku booking hotel ni sebab nak senang untuk bershopping... boleh jalan kaki je.. takyah nak naik kenderaan.  
bilik di first hotel.. terasa mewah

ada 2 wings

tak sempat nak mandi manda

Esoknya selepas menyiapkan diri... kami pun cuba xplore kawasan pratunam market.. dengan mudahnya aku menjumpai kawasan tu.. kemaruk gak le dioroang membeli blouse dengan harga borong.. beli satu mahal sikit.. kalo beli 3 jadi murah untuk sehelai.. wahh.. mula le mengira-gira dan berkongsi membeli... 1 untuk aku.. 1 untuk kak cik dan 1 untuk joy.. kalo kat malaysia rm25.. kat sani baru rm11 je... wahhh berbaloi--baloi ni.. sebelum bersoping ni kami mencari tenaga dengan bersarapan disebuah gerai muslim di di area pratunam market.. masa makan tu adalah berkenalan dengan seorang pakcik (usia lebih kurang penghujung 40 atau di awal 50.. asal kelantan dan dah jadi rakyat thai.. dia rupanya tour guide.. tapi aku lebih senang mencuba sendiri.
harga seluar


rm10

rm10
kat pratunam market

i suka betul nescafe ice dia.. sedap.. halal

pentium..


borong borong

Dah penat menyopping.. antara pratunam market dan platinum mall.. kami melepak jap kat bilik.. dah janji dalam jam 2 kami keluar mencari makan tengahari dan terus ke mbk dan ke pathpong night market.  So dalam jam 2 kami menyusuri jalan mencari restoran faridah.. diorang tunjuk makin ke atas.. last2 tak jumpa.. nampak je gerai yang ada tulis bismillahhiramannirahim kami terus duduk dan mengorder makanan.. okeylah gak... terisi perut.. kawasan tu dekat je ngan lrt.. so.... naik lrt.. gi mbk.. mula2 tiba mbk tak tahu apa nak beli.. nak cari sutera thai yang lembut cam takde je.. first2 nampak fridge magnet yang murah.. terus sambar,.... biasalah orang tua sidah memang beli untuk 1 opis dan jiran2 dikampung.. so banyak le dia membei.. jalan2 lagi... nampak cam baring je kat mbk.. last2 kami melepak tempat orang jual tshirt bangkok.. wahhhh.. bukan main shopping lagi tshirt2 tu.. maklumlah harganya agak menarik.. sebelum berjumpa kat tempat yang dijanjikan aku terpaksa mencari restoran yana.. di dalam mbk untuk makan malam... alhamdullilah jumpa restoran tu... harga agak mahal dan rasanya pun biasa-biasa je... tak tahulah kalo makan kat situ.. kami punya bungkus.. beras thai masak nasi goreng.. kurenggg... malam gi pasar malam.. 2 orang peserta sangat seronok... macam2 benda pelik dia dapat tengok.. aku plak boring.. dah tak sabar nak balik.. dan dah tak sanggup naik mrt.. kami naik cap.. alamakk.. ada beza harga.. kak cik punya cap mahal.. dia kata jem le dah pelbagai alasan.. aku punya ikut meter.. puas hati.



gembiranya aku.. jap lagi sesi melontar

kat farida restoran


kat area mbk


ada show kat area mbk



mrt route


Hari ke 3.. pagi2 kami dah ke pratunam market.. maklumlah hari last... so.. gi breakfast kat tempat semalam dan mula sesi sopping sampai tengahari... orang2 kat sini jenis malas nak melayan.. nak cari kasut saiz berapa2 pun macam malas je... melepas le aku nak beli kasut nak bawa gi australia bila tengok cara diorang.  Tengahari kami berjanji untuk menyusuri sungai chao phraya.. so kami dioffer menaiki tut tut.. harganya sangat murah iaitu hanya 20 bath bersamaan rm2.. tapi kami kena ikut dia ke kilang gem.. sebab diorang akan dapat kupon minyak.. no hal le.. puas naik tut tut.. dan kami akhirnya dihantar ke tepi sungai chao phraya setelah melawat kilang gem.. setelah tawar menawar kami menyewa satu bot untuk 5 orang.. 2 orang lagi tu tak habis shopping kat platunam mall.  kira puas sangat naik bot yg sangat selesa untuk 5 orang.. tengok feri lain bagai diantan kata orang tua sidah (menggambar tersangat ramai dalam sebuah feri).  Setelah habis menyusuri sungai melalui wat arun, dan pelbagai tempat lawatan lagi kami menaiki tut tut tadi gak (janji suruh ambil) dan suruh tut tut tu singgah kat kawasan macam pasar malam  sebab nak beli kasut.. dan satu lagi lawatan ke kilang gem satu lagi.. dia kata tambangnya free.. okey je.. jauh tempatnya.. sehabis tu suruh dia hantar ke faridah restoran atau che yah ... dekat je restoran tu... alhamdillillah makanan kat kedai faridah tersangatlah best..sesuai dengan tekak aku... kami plak tak sampai hati tengok drive tut tut berlalu tanpa bayaran.. maka kami memberi imbuhan yang lebih mahal dari tambang kepasa si driver.. teima kasih.. baik orangnya.
tut tut.. gembiranya sepasang suami isteri

tut tut.. murah tapi belum tentu selamat

pak driver yang baik hati.. vrommm vrommmm

dia ni kalo bab macam ni memang di kelihatan sangat tak bermaya.. cuba bershopping .. dialah paling hidup

menyusuri sungai chao phraya

selamat tinggal bangkok

jom jalan-jalan








berjual di floating market




kat aiport

mak cik yang baru keluar untuk berjual.. mahalll








driver bot yang kitorang sewa





sedapnya 2 beradik ni makan nangka.. kat malaysia takde nangka sesedap ni ke???






Balik bilik sesi mengemas terakhir sebelum check out.  Dan bagai dirancang van datang tepat pada waktunya untuk dihantar ke airport.  Dari bahagian depat ke gate untuk berlepas agak jauh... so pada semua yang dari bangkok nak balik ke kl dengan air asia kenalah awal sikit..  Pada aku bangkok memang best.. lain kali boleh bawa mr. z kalau dia sudi.. dia tu liat sikit nak jalan.
airport


selamat tinggal sang patung

No comments: