Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, August 4, 2011

Alfatihah.... Liana Afiera Malik

Aku baru tahu novelis yang aku minat dan deretan hasil tulisannya menghiasi almari novel aku dirumah telah kembali ke rahmatullah...  Liana Afiera Malik telah meninggal dunia pada awal ramadhan. 

Aku pernah bertemu dia.  masa tu aku temankan biha beli novel Bukan Puteri Lindungan Bulan dan dapat beg kertas yang kurus dan panjang dan gambar kat beg kertas tu gambar muka depan novel.  Kami sempat berborak-borak dan dia masa tu ikut suaminya tinggal di singapura.  Orangnya chubby dan ramah.

Novel-novel dalam simpanan aku (yang aku ingat le)
Bukan Puteri Lindungan Bulan (telah dikebas orang ... tak ingat sape pinjam)
Dan mimpi pun berguguran (muka hadapan gambar lama)
Dia dihatiku (tebal buku ni)
Janji Assila (aku baca lebih dari 2 kali)
Memori
Jealous la pulak (ada lagi ke buku ni)
Ingin kusandar harapan


Moga rohnya dicucuri rahmat... alfatihah..

No comments: