Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, August 29, 2011

Borak-borak raya

aku ni sebenarnya tengah tension dengan kerja... kenapa ya tahun ni aku asyik tension ngan kerja je?? mungkin bahang awal tahun aku stress dengan pilihanraya pelajar terbawa2 hinggan pendaftaran pelajar baru. so dah 2 minggu aku bz giler dengan 5 etp... kalo tanya soalan 5 etp rasanya semua dalam tangan.. dari buku panduan, pamplet, brosure, key chain, book mark, modul.. dan entah apa2 lagi tentang 5 etp aku terlibat.. aku tak stress dengan bos tapi stress dengan bebanan kerja.  Jadi aku nak lepaskan kepenatan dengan nak bercerita pasal raya.  Harap-harap boleh release stress n tension aku mengadap kerja.  (catatan di tulis pada khamis dan disambung pada hari isnin 29/8)

PERSIAPAN RAYA
Tahun ni salleh's crew memilih warna merah sebagai tema pakaian kami.  Hahahaha.. yang hitam ke, yang sawo matang ke, yang putih melepak ke.. semua kena menyarung baju merah.. rasa cam terbakar ... mr z gelap.. aku pun sama.. si cilik tu pun lebih kurang kulit aku... merahnya mak ngah.. so kami lebih memilih warna merah maroon.. biar gelap sikit.. tahun ni persiapan baju tema keluarga ZAITARAH (Zainal, ita, Umairah) dibuat lebih awal. Baju aku siap bulan 3 masa kat vietnam hari tu.. baju Mr. Z dan Umairah dijahit sebelum ramadhan lagi.  Bagi aku.. semuanya sederhana... umairah pun terpaksa ikut rentak aku.. sederhana.. baju gaun pun beli masa sale kat metrojaya..  kasut merah dari vietnam dan kasut putih dari kedai biasa yang takde jenama.  Mr. Z pun pakai je baju2 yang sedia ada.  Tambahan baju aku pun dari jenis kain biasa kat kota tinggi.  Terasa kesederhanaannya.  Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.  Dalam rumah aku pun takde perubahan... yang berubah hanya habuk je.. dari ada kepada tiada.. penat gak mengelap habuk yang macam salji.  Demi raya terpaksa aku mengemas sikit.  Kuih raya pun hanya 6 jenis.. 1 jenis dapat dari Badan kebajikan, 3 jenis sabahat2 karib bagi, 2 jenis aku beli daa,.. aduhhh bersederhananya kami.  Raya ni bukan tu aje persediaannya.. tapi mesti ada duit dalam poket.. orang nak datang rumah nak gak goreng2 mee.. perlu wang tu.. kalo datang on the spot senang le.. makan je apa yang ada.. selamat..  selain tu duit raya kena prepair awal.. alhamdullillah ada sikit rezeki kerajaan bagi untuk duit raya.


ada berani??? tema merah

KEPULANGAN ANAK PERANTAUAN
Aku balik kampung hari ni.. (hari isnin).. esok hari raya.  Aku kerja hari isnin... reason aku kerja hari ni sebab cuti tinggal 15 hari (sikitnya).. dan selepas raya nanti aku akan bercuti seminggu.  Dah 5 hari tu. Jadi pagi tadi terpaksa aku bangun awal.. sambung mengemas sikit dan terus kerja.  Hari plak tu hujan.. bestnya jika menyambung tidur.  Harap2 aku boleh tiba awal kat kampung.. sebelum tu balik rumah ibu mertua.  Selepas bermaafan terus blah ke kampung ku.  Time kepulangan di kampung aku teringat cik li.. tahun ni dia tak balik.. dia dah semakin jauh di perantauan.  Dulu di Taiping.. sekarang ni di Kuching.  Selalunya dia pulang awal ke kampung dan lama dia bercuti.. Start cuti je dia terus balik kampung.. maklumlah sesekali balik.  Tahun ni dia beraya sendirilah kat sana.  Apa cite agaknya menyambut raya di Kuching... tapi tak risau sebab ramai orang melayu kat sana.  Cuma lebih seronok bila berkumpul bersama keluarga.  Nampaknya duit raya anak2 dia dapat dipenghujung raya sebab aku akan ke sana hujung raya nanti.  So 2 orang le ahli keluarga salleh's crew raya di perantauan.  Yang ni lagi jauh.. kat australia.. tapi takpe.. ramai kawan2 kat sana.. dan jimat sikit duit raya tahun ni sebab untuk zati biasanya lebih sikit.. rate aku makin besar makin mahal sikit.. so.. dia takde.. takdelah duit raya.

Cik li, nurul, afiq dan nurin.. gambar raya tahun lepas kat belungkur

Zati (baju purple).. selamat beraya diperantauan

KEADILAN BERAYA
Sistem sambutan beraya aku secara bergilir.  Tahun lepas dirumah ibu mertua, tahun ni rumah aku.  Nasib baik antara rumah aku dan rumah mertua tak jauh.  Perjalanan biasanya 1 jam. Time beraya di rumah ibu mertua.. malam raya tidur rumah sendiri.. pagi raya baru datang sana.. bawa diorang gi pontian dan malamnya tidur rumah sendiri.  Pagi-pagi esok terus berangkat ke kampung aku.. yesss.. (itu jadual tahun lepas.. tahun sebelumnya.. raya pertama dah balik kampung aku).  Bila time kampung aku.. sebelum raya balik kampung... raya ke 3 pagi baru balik kat rumah ibu mertua.  Sungguh adil dan saksama.. hehehe... aku sangat setuju.  Terima kasih Mr. Z yang memahami mood raya aku lebih daripada mood raya family dia.
Pagi raya di bersama mertua

KUNJUNG MENGUNJUNGI
Ahli Salleh's Crew ni memang semuanya kaki jalan.  Biasanya selepas sembahyang raya dan bersalam2an serta bergambar.. semua dah gelisah nak beraya.. dah time rayakan.. setakat nak melepak depan tv.. bila2 boleh tengok tv... jadi time2 ni kami mengunjungi sedara mara.. rumah wajib untuk salleh's crew sudah tentu rumah cik kiah kat bukit aping (adik angkat arwah mak).  Actually time2 ni aku kenal sedara mara. Kita konvoi.  Harap raya rumah saudara setakat 1 kereta memang tak happening.. so.. kita terjah ramai2.. barulah raya kita punya.  Dan lagi satu tiba rumah cik kiah.. kitorang akan melepak.. cik kiah masak2 dengan anak dan menantu.. lepas dia masak.. apa lagi... kita seranggg... dan kenyang salam2 le.. cik kiah pun dah masak kot dengan tektik salleh's crew ni.  Destinasi biasanya lebih ke arah Kota Tinggi.  Sedara mara ramai kat belah sana.  Apapun setiap kali raya kita enjoyyy...  
Masuk lebih2.. pastu serahkan angpau tu kat aku.. depan rumah cik kiah

CETUSAN AIDILFITRI
Moga raya tahun ni lebih segalanya dari tahun-tahun sebelumnya.. terutama lebih collection untuk umairah.. heheheh... lebih meriah, lebih seronok, lebih ramai berjumpa sedara mara, lebih kemaafan yang dimohon dan diberikan.. yang taknak lebih dipagi raya ni aku taknak nampak lebih gemuk dari raya dulu..... ada perubahan tentang gambar (salleh's crew memang suka bab2 gambar) .. gambar pra raya, gambar di pagi raya... dan tahun ni kalau sempat aku nak merakamkan gambar semasa beraya.. hehehe.. kalo sempat le... dan ucapan untuk pembaca blog aku ni.. 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dan dikhiri dengan serangkap pantun raya.  

Kelip kelip indahnya bercahaya
Buat aku duduk terpaku  
Diucapkan selamat hari raya 
Jangan lupa datang ke rumah aku


SELAMAT BERAYA DAN SELAMAT SEGALANYA..




No comments: