Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, August 9, 2011

Bazaar ramadhan

Dah 9 hari berpuasa.. baru 1 hari aku ke bazaar ramadhan.. 1 hari ke pasar tani petang.. dan 1 hari berbuka rumah mertua dan 1 hari juga gi berbuka kat century hotel... yang lebihnya.. i masak u (selepas berbuka gi  mc donald dan marrybrown).... cari makanan tambahan.. menambah berat badan.

Aku pun pelik.. kenapa ngan aku kali ni aku tak berapa kerap ke bazaar ramadhan.. selalunya sepanjang bulan ramadhan tu rumah no. 2 kat bazaar ramadhan. Kali ni aku macam tak berapa nak rasa kenikmatan berbelanja di bazaar ramadhan (hari ni confirm gi bazar ramadhan).  Hari tu singgah dan membeli laksa, soto dan mee hoon yang ada kurang dari segi kuantiti.. meenya sikit sangat... laksa pun.. alahai.. berapa urat sangat... baut aku tak kenyang.. harga standard.

Dengar gak beberapa aduan yang menyatakan harga kat bazaar ramadhan mahal.. dan pihak berkuasa tak boleh buat apa kerana takde syiling untuk harga2 tersebut.. so kita sebagai pembeli harga pandai memilih dan harus berjimat cermat.... kalo kuantiti dan kualiti setanding dengan harga tak siapa boleh pertikai. 

Tapi.... aku masih perlukan bazaar ramadhan untuk merealisasikan selera berbuka puasa aku di waktu-waktu aku malas masak.



No comments: