Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, August 10, 2011

Liku-liku kehidupan

Sebelum dapat surat untuk penambahbaikan diri dan transform (pindah)... aku dah rasa sedih... mungkin aku ni orangnya emosional sikit kot.. sedih melihat telatah manusia...

Kes pertama... aku sedih kerana bermula dengan niat nak menolong.. tak nak student datang ke opis 4 5 kali... tapi aku yang kena impactnya.  Cerita bermula apabila pelajar menghantar cek dan unit aku cuma tinggal aku sorang untuk menyiapkan kerja simulasi.. pelajar datang menghantar cek dan aku menerima.  Dah terima aku letak atas meja orang yang patut menerima cek tu.  Lebih kurang seminggu kemudian pelajar nak untuk menyemak status cek tersebut.. jawapan orangnya bertanggungjawab dengan cek tersebut.. dia tak terima... aduhhh!!! mati aku mana aku nak ganti cek tu.. cek tu memang dah bertulis nama penerima iaitu BENDAHARI... bukan nama aku... dipendekkan cerita.. kali ke 2 student datang nak buat semakan.. cek masih takde... dia nak report kat tnc.. sebelum merepot kat tnc.. dia buat aduan ke Penolong Pendaftar.. aduhhh mak dah jadi kess... yang PP plak.. tanpa usul periksa terus buat aduan kat bos aku.... bos aku pun call aku.. balaa!!! mana aku nak cari... bila PP tu semak.. rupanya cek tersebut dah dimasukkan ke bendahari... ahhhh..!!! nama aku dah tercalar.. kenapa korang buat aku macam ni... bila mengadu-ngadu ni.. sedappnya ya.. langsung tak ingat dunia.. salah aku satu... mungkin baik aku atau pertolongan aku kat dia lebih dari satu (aku bukan nak mengungkit... tapi bantulah aku gak dalam menjaga nama aku sendiri).  Dah le tu.. takde langsung kata maaf.  Mungkin lepas ni aku lebih berhati-hati dengan niat menolong tu.

Kes ke 2... Alhamdullilah aku berjaya akhirnya.. terima kasih sahabat yang banyak bantu aku.. Nazli yang sentiasa mendorong.. (aku malu dengan dia.. dia dah lulus paper undang2 dulu.. dan kali ni dia lulus lagi 1 paper.. tahniah sahabat) dan Suzana yang selalu meminjamkan nota-nota.. terima kasih banyak.. Aku akhirnya jadi malu sendiri.. bukan apa... dengar desas desus yang mungkin Pusat Peperiksaan aku tu ramai yang lulus.. tapi kenapa aya tak lulus 3 paper.. dia lulus 1 paper.. aku kena cari orang kat pusat tu yang kandas 3 paper.. baru orang percaya kot Pusat Peperiksaan tak mainkan peranan.  Aku tak boleh nak kata apa... aku tak minta ambil exam kat situ.. aku pun tak confident dengan jawapan aku.. aku yakin 2 paper aku boleh jawap dengan baik (berkata dalam hati je... takut nak bagitahu orang.. takut fail.. nanti malu).. dan paper undang2 (aku selalu kata sape lulus kertas ni boleh jadi lawyer) memang aku langsung tak yakin.. aku jawap 3 soalan je.. (sepatutnya 4 soalan).. tapi dah rezeki aku.. mungkin jawap 3 lebih baik. 
Mungkin jawapan aku yg ke 4 (kalo aku jawap) langsung takde markah.

Itulah kehidupan.. orang dengki, orang suka, orang menyampah, orang sayang.. aku harus hadapi, tempuhi dan lalui.  Moga kehidupan aku di masa akan datang lebih baik dari sekarang.. aminnn...


No comments: