Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, August 9, 2011

Tukar Tugas.. best ke????

Baru sat aku balik dari perjumpaan semua staf dengan TNC HEMA.  Antara amanat yang disampaikan pasal pertukaran staf di opis aku ni... ada yang pindah di lain department.. dan ada gak pertukaran dalaman.  Yang paling cepat pertukaran dalaman pada 15 Ogos ni akan bertukar bidang tugas. .  Mungkin gak aku. Dan seterusnya pada 15 September.. kenapa tarikh 15hb.. yang pasti 80% akan bertukar.. jeng jeng jeng.. sape yang kena...

Riwayat kerja aku kat utm ni memang tak banyak plotnya.  Aku mula kerja tahun 1997 dan ditempat di Unit Perhubungan Alumni.  Aku enjoy kat sini... unit ni memang tak ramai staf pada masa tu.. tapi kat dalam hema.. staf hema ramai.. cuma unit aku kecil time tu.  Kami ber3... aku, pengarah dan penolong pegawai penyelidik.  Setahun lebih unit kami menerima seorang PA pengarah yang kini jadi adik ipar aku.  Unit ni ada kenderaan sendiri.  Senang nak gerak.  (i like.. untuk orang yang kaki jalan cam aku).  Pastu tu kami terima seorang driver yang sangat best... (En. Nafi... ko selalu merealisasikan impian aku).. wahh.. bertambah maju unit kami..  dan tahun 2004 kami berpindah ke bangunan rumah alumni.. yang berdiri megah di sebelah padang kawad.  Tahun 2004 gak aku menelefon bahagian pengurusan dan menyatakan yang aku dah lama sangat kat unit ni.  Kira Malam Pra Graduan tu dah hampir 7 tahun le aku buat.  Dah terror kot...So, aku bagi hint nak tukar unit... masa tu unit perhubungan alumni pun dah ramai staf.. dah ada tambahan timbalan pengarah, juruteknik, pegawai penyelidik dan penolong pendaftar.  Masa kat alumni ni puaslah aku berjalan.. tahun 1998 tak pernah gi langkawi.. aku dapat jejak ke sana... (ambil kesempatan masa program kat perlis).. ke pangkor (ambil kesempatan masa program kat perak).. rumah adik beradik memang puas le aku menyambil masa kat unit ni).  Gi Kelantan seminggu sekali time tu.  Memang syok.  Lagi satu memang banyak hotel aku dah terjah .. maklumlah program dengan alumni... memang sering kat hotel.. J.W Marriot.. mandarin oriental.. Pan Pacific, Sari Pacific... hotel besar2 gak le.. dan berhubung dengan orang besar2 pangkat gak.  Antaranya yang aku ingat jamaluddin jarjis, wee ka siong (wee ka siong memang baik orangnya).

Dah 7 tahun kat Unit Perhubungan Alumni.. aku pindah kat Bahagian Pembangunan dan Aktiviti Pelajar... best gak unit ni selalu berhubungan dengan pelajar yang muda belia.  Bila nak kekwat.. mulalah kita nak merentan... ko ingat ko bijak sangat.. aku dah berjumpa dengan beribu yang lebih bijak dari ko.  Baru tahun 1 dah mula nak tunjuk lagak.  Aktiviti ni best sebab selalu gak merayau.. lebih2 lagi masa jaga fotokreatif.. wahhh.. sambil menyelam minum air.. bukan ambil kesempatan bergambar.. tapi ambil kesempatan berjalan2.  Kerja kat unit ni memang tak pernah habis.. sentiasa ada kerja.. tapi kerana minat.. jadi happy.

15 hb. ni aku tak tahu nama siapa yang kena.. tapi aku pasrah.. walau di mana aku ditempatkan.. aku cuba yang terbaik.. walau pun lagi tadi aku cakap aku nak delete semua yang aku buat dalam komputer ni.. hahhhh.. orang yang ambil tugas aku buat le macam yang aku buat.. hehehe.. niat tak baik.. apa salahnya jika aku panjangkan dan orang tu gunakan apa yang aku buat untuk kegunaan bersama.  Dapat pahala.. amin

Ooohhh... ada sekretariat 5 ETP... bidang baru, kerja baru, unit baru... tapi aku antara yang dah teroka...ahhh.. tak kisahlah.. janji ada gaji... walaupun tak berapa happy...


No comments: