Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, August 11, 2011

tumpang sedih

3 minggu lepas aku memang jadi follower jejariruncing dan syok membaca detik-detik perkenalan antara dia dengan MIA.  Teringat plak zaman2 remaja aku.. rasa gembira bila ada yang minat.. rasa gembira bila jatuh cinta.. lebih2 lagi bila bercinta.. (rupanya cinta monyet semua tu).  Bila baca blog dimana detik-detik gembira elia.. aku dapat rasakan kegembiraan dia dan dah tentu aku tumpang gembira.

Mula2 baca tu tak rasa apa.. cuma kadang2 rasa menyampah gak kat elia sebab banyak dia citekan.. maklumlah kawan dengan public figure... lama-lama aku suka dengan dia.. dia jujur dengan meluahkan apa-apa yang dia rasa.. dan tak giler glamour (secara kebetulan dia bercinta dengan orang popular.. mungkin kalo dia bercinta dengan orang biasa pun dia akan camtu)...  dan dia paparkan kegembiran dengan ikhlas sebagaimana dia ikhlas berkawan dengan 'MIA'.  Aku suka sikap dia.. dan aku tumpang gembira di atas kegembiraan dia.  Kira kita cam baca novel plak didalam blog dia.. plot demi plot.. hingga tiba klimaknya... lama2 aku faham perasaan orang dilambung cinta.. rasa gembira dan rasa nak luahkan kegembiraan kat orang lain.  Daripada aku tak kenal KFCM hinggakan aku dah boleh hafal raut mukanya dan ternampak2 kehenseman 'MIA' dan aku nak kenal elia yang comel tu.

Tapi tiba-tiba.. sedang aku syok melayari blog dia.. aku dikejutkan dengan insiden-insiden tak best antara dia dengan apex.  Serius.. aku tumpang sedih.  Makin lama makin parah.. akhirnya tiba klimak dimana mereka berdua putus tunang.  Lebih2 lagi kat beautiful nara ada kisah apex dengan adik angkatnya di uss.  Siannya elia.  rupanya dia dikhianati oleh tunang sendiri.  Aku dapat rasakan perasaan kecewa dan sedih.  Walaupun aku ni tak pernah putus tunang (zaman bertunang dulu) tapi aku pernah putus cinta (aku suka syok sendiri sebenarnya)... jadi bila ditinggalkan.. aduhhh... pedihnya.. frustnya.. rasa kosong, sepi.. dan sunyi.  Rasanya itulah perasaan elia.  Dia yang masih menyayangi tunangnya.. akhirnya ditinggalkan.  Hanya kesabaran, ketabahan dan sokongan orang terdekat yang boleh membantu elia bangun dari rasa kecewa.  Ingatlah.. itu ujian allah kepada hambanya yang mampu diuji.  Biasanya bila hilang gerimis akan timbul pelangi yang janji.  Itulah sebuah kehidupan.. insyaallah.. yang akan datang lebih baik dari yang pernah.. dan setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.  Tabah ya elia... 

Aku tak sokong mana-mana.. dan tak mampu nak nyatakan salah siapa.. hanya elia, apex dan allah saya yang tahu


No comments: