Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, August 4, 2011

Curahan air kelapa dihujung minggu

TQ Puan Maria kerana mengajak aku n family memeriahkan percutian ko ... n tak sia-sia ko terima voucher sekeping tu.. Walau sekeping tapi impaknya berkeping-keping untuk kami yang tak berapa nak menghabiskan duit menyewa bilik hotel ni... kerana sekeping voucher tu le merealisasikan percutian kita sebelum menyambut ramadhan. 

sabtu aku habiskan dengan berkemas rumah sempena menyambut kedatangan ramadhan... setelah pagi aku menghabiskan masa dengan membongkang depan tv.... petang terpaksa mengemas apa2 yang patut,  Letih gak le...   Petang aku bergegas ambil joy untuk temankan aku ke program Hari penyampaian hadiah sastera yayasan warisan johor (sekadar memenuhkan tempat duduk) sebab nak ambil Mr. Z sekali.  Lepas program yang gilang gemilang dengan persembahan yang klass di persada tu aku memenuhkan perut yang berkeroncong dengan pelbagai juadah.  ada rojak asma, roti jala, mee goreng, nasi goreng, wantan, n pelbagai lagi.. alhamdullillah... rezeki Allah.  Tepat pukul 12.00 malam perjalanan diteruskan ke Desaru setelah mengambil kata sepakat nak gi.. sebelum tu asyik berdolak dalik samada nak gi malam ni @ esok sahaja.. sampai Desaru 1.05 min.  Giler gak drive malam2 di highway baru.. takuttt.

So.. pagi ahad kami bersarapan di rakit kat Belungkur... wahhh... best gak bekpes kat sini.  View berbeza sikit.  Aku pun rindu gak ngan kampung.  Puas gak le dok kat kedai makan tu sebab menunggu abang lan datang hantar ketam untuk juadah berbuka puasa esok.(beli dari dia... ketam hidup lagi)

Balik dari belungkor aku terus ke kolam.  Paling utama nak rasa curahan air dari kelapa... terasa kena picit le gak.  Dah tu temankan joy belajar berenang2 di tepian kolam.  Ko berenang ke ko merangkak joy???  Teringat 2 minggu lepas time Bengkel Aktiviti Mahasiswa.. aku pun ambil kesempatan untuk mandi manda dan mengumpul gelang kuning untuk kegunaan anak2 saudara  (maklumlah kena pakai bendalah tu)... Best kolamnya... confirm aku datang lagi kalo ada rezeki.  budak2 suka water park tu.. umairah pun bergelonsong kat water park tu.  Jom dar, joy, eim, bila, kak cik kita datang.. paling seronok bila orang putrajaya sponsor...

curahan air kelapa.. waaaaaa....
kolam yang luas..  biliknya 2 tingkat...
Otw balik singgah kat Kota Tinggi.. mak oooiiii.. dah macam nak raya esok.. walhal baru nak puasa... ramainya umat manusia.  Sebut kota tinggi.. teringat arwah mak.. arwah mak n bak memang suka ke Kota Tingi. .. lepas temankan bak ambil pencen.. mesti singgah jap kedai makan mee rebus (kedai tepi sungai.. dah takde kedai tu) pastu.. gi pasar untuk beli lauk.  Untuk bak plak..  memang dia dah pajak kedai gunting rambut kat kota ni.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

No comments: