Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, August 9, 2011

SELERA IBU MERTUA

 Hari sabtu lepas aku terima kunjungan ibu mertua dan adik ipar yang nak berbuka di rumah.  Menu utama menyambut kedatangan ibu mertua ayam ungkep.  Diorang bawa kuih muih dan minuman.  Aku yang berpuasa ni hanya boleh mengagak perasa2 yang aku masukkan.  Dahlah tu.. aku rasa dah setahun gak le aku tak masak resepi tu... gas kat rumah tu dah lebih setahun tak berganti.  Bulan tak puasa memang biasanya kitorang makan kat luar je.

Aku tak sangka plak menu aku tu kena dengan selera mak mertua.  Yesss... yesss... kira baru pertama kali aku dapat menambat hati ibu mertua.  Mak mertua aku ni pun kategori cerewet pasal masakan.  Maklumlah dia pandai masak.. dan jenis nak bahan yang berkualiti untuk masakan dia... baru ada rasa.  Mungkin kenikmatan ungkep aku tu menyebabkan dia terpaksa bagitahu aku yang dia nak bawa balik lebihan makanan tu.  Walhal dia pun jenis pemalu nak minta makanan nak bawa balik.  Kira ini kes betul2 menambat selera.

Hari ahadnya pun menu kitaorang sama je.. ungkep lagi.. bukan apa.. aku nak menikmati semula apa yang aku masak.  Aku rebus nasi impit... wahhhh!!! malam tu gak licin (walhal lepas buka kami menjamu selera kat marrybrown tu).  Balik bolehlah mencecah ungkep tu (aku merasa sikit je... anak dara dan bapak teruna tu yang lebih).  Moga puasa tahun ni aku boleh berjimat cermat dan mengamalkan gaya hidup sihat (boleh ke)..

Salam ramadhan semua kepada yang membaca (ada ke pembaca blog aku ni).  Nak rasa ayam ungkep hasil air tangan saya.. ???? bagitahu segera.. anda akan dihidangkan sebentar lagi.. hehehe...


sekadar hiasan

No comments: